Qasey Honey. Powered by Blogger.

RESEPI TERBAIK DAN SET LENGKAP NASI KOMOK / KHAO MOK GAI / NASI BERIANI THAI YANG PASTI SEDAP...REMPAH BUAT SENDIRI


Salam my kesayangan...

Tiba masa untuk QH mencuba sendiri memasak nasi komok thai ni...ianya juga dikenali nasi beriani thai atau dalam bahasa siam khao mok gai / khao mok kai...biasa beli je yang dah siap...balik rumah tinggal ngap jerrr...kali ni semuanya buat sendiri tau...inilah kali pertama masak nasi komok ni...sejak2 dah meningkat usia ni kan...rajin la juga QH nak mencuba pelbagai jenis nasi yang ada...lepas dah mencuba tu QH tinggalkan kenangan manis tu di sini...berkongsi pula dengan kawan2 yang berada di luar sana tu...semoga ianya dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang...

ok nak masak nasi komok ni yang penting kena banyak bersabar dan rajin...kalau baca resepi dan step2 cara memasaknya memang nampak renyah la sikit...banyak langkah dan kena buat satu persatu...kena buat rempah komoknya lagi...kalau ade yang dah siap terus tu senang jer...tapi kena cari kat belah2 kelantan sana la...kalau belah2 sini memang kena buat rempah sendiri la...

untuk masak set nasi komok ni...yang paling utama kena sediakan rempah komok tu dulu...barulah proses2 lain berjalan dengan lancar...tapikan kalau korang dah cuba sendiri resepi ni...sebenarnya semua kerja tiber jadi mudah dan korang akan enjoy tau...kita kena pandai2 la bahagi2 kan masa tu...jangan duduk menghadap satu persatu...macam tu memang lambat la nak siap nanti


tips utama untuk masak nasi komok ni...perkara pertama kena baca resepi ni betul2...baca dan fahamkan...lepas tu kita dah boleh nak agak2 sendiri dan nak bahagikan masa tu macam mana...contoh lepas ni nak buat apa dan step seterusnya apa pula...baru la kerjamemasak tu jadi mudah dan korang akan rasa enjoy sensorang kat dapur tu...lagi apabila melihat sendiri hasilnya...bagaikan tidak percaya yang tu semua hasilnya dari airtangan sendiri tau...

di sini QH dah tolong susunkan resepi ni mengikut step2 yang QH buat...nak lagi mudah tengok sahaja video masak yang telah disediakan di youtube channel Qasey Honey tu...ianya sangat membantu tau...klik link https://www.youtube.com/watch?v=RYQxj8piRM4 yang tertera untuk teruskan menonton...in shaa Allah dengan bantuan video masak tersebut segala kerja korang akan lagi lagi menjadi mudah...tetapi sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tu tau...bukan sahaja ade resepi ni...malahan ade pelbagai pilihan resepi yang lain...terima kasih dan selamat mencuba...



SET NASI KOMOK / NASI BERIANI THAI / KHAO MOK GAI / KHAO MOK KAI
youtube Qasey Honey
sumber curlybabe satisfaction, shiawasemrsbangpek

rempah komok
sudu kecil serbuk kari
sudu kecil serbuk kunyit
sudu kecil serbuk ketumbar
sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
sudu kecil garam
1 sudu besar gula



NASI KOMOK

Bahan2
2 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 sudu besar rempah komok
5 cawan air - (selepas merebus ayam keluarkan 1 cawan untuk sup, 1 cawan untuk sambal) yang belen tu untuk masak nasi
2 batang akar ketumbar
2 helai daun bay - optional
6 ketul ayam (1/2 ekor ayam)

2 cawan beras basmathi
1/2 cawan susu cair


caranya
1. Cuci ayam (seeloknya di potong 4 saja) (6 ketul ayam dari 1 ekor ayam yang dipotong 12)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar. (rendam 30 minit)
3. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
4. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
5. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
6. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan.
7. Keluarkan 2 cawan air rebusan tadi untuk sos cili dan sup. Ketepikan.
8. Masukkan susu cair, biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
9. Masukkan pula beras yang telah ditoskan. Kacau rata dan sambung masak menggunakan periuk elektrik. (masak nasi seperti biasa)
10. Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan chopstick. Siap


AYAM GORENG KOMOK

bahan
ayam yang telah direbus tadi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar rempah komok
1 inci halia - kisar
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar


caranya
satukan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk
gaulkan hingga semuanya rata
perapkan lebih kurang 30 minit - 1 jam
panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ayam hingga garing (tak perlu goreng lama kerana ayam dah separuh masak)
angkat dan toskan minyaknya


SAMBAL/SOS CILI 

Bahan2
1 cawan air kuah nasi komok
10 biji cili padi - hijau
6 biji cili merah 
6 biji bawang merah 
2-3 ulas bawang putih 
1 pokok daun ketumbar 
1 sudu besar cuka
gula secukup rasa 
garam secukup rasa

Caranya 
Kisar semua bahan kecuali cuka, garam dan gula
Masak hingga agak pekat. 
Perasakan dengan garam, gula dan cuka secukup rasa
Hidang bersama nasi komok.



SUP KOMOK

1 cawan air kuah nasi komok diperasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan lebih kurang 1 pokok hirisan daun ketumbar.




nasi komok / nasi beriani thai / khao mok gai / khao mok kai
https://www.youtube.com/watch?v=RYQxj8piRM4
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


1 comment

Farah Deeb said...

Ok baru tau komok tu stand for nasi beriani thai hehe... pernah makan sekali dekat restoren dekat sini tapi dah tutup. Nak buat mcm banyaknye la keje kan hahaha... apekate mai sepinggan :P Jemput singgah: Travelling Tips To Kuching-SriAman