Salam my kesayangan...
Hari ni mari singgah ke negeri Cik Siti Wan Kembang jom...agak lama juga QH simpan resepi kuih belebat keledek ni...sejak terpandang kuih ni pertama kali di ig...hati terus terpaut...tapi tu lah macam pelbagai dugaan pulak bila nak buat kuih ni tau...
antaranya, elok dah beli keledek oren dan ungu tu...daun pisang pulak yang lupa nak beli...dah beli daun pisang ehhh tiba jadi malas...sudahnya kukus dan makan macam tu sahaja...ok mood nak buat datang balik...beli la semula keledek dan daun pisang tu...dah kukus semua, sekali semasa mengupas kulit keledek ungu tu...rupanya isi di dalam putih...adehhh...sudahnya pon makan macam tu aje...sedap tau makan keledek yang dikukus ni...isinya manis...
sampai la tiba hari kejadian belebat keledek yang terakhir...Alhamdulillah berjaya juga untuk siapkan...kuih ni QH belum pernah makan lagi...maklum la sejak2 ni je suka makan kuih manis2 dan kuih2 lama...dulu2 tak pandang...heeee
sedap rupanya kuih belebat ni...ada rasa manis keledek tu...ditambah pula dengan rasa santan pekat likat tu...satu gandingan yang sempurna...kepada empunya resepi dan yang memulakan resepi ni...terima kasih kerana berkongsi dan mencipta kuih yang sangat sedap ni...nak buat juga senang sangat...
katanya kuih ni berasal dari kelantan...merupakan kuih tradisi di sana...semasa ke sana beberapa bulan yang lepas, QH tak nampak lak kuih ni...mungkin tak perasan kot...tu yang QH buat sendiri sebab nak merasa keenakkan kuih ni...
untuk kuih ni seperti biasa QH menyediakan video langkah demi langkah buat semua...klik pautan link https://youtu.be/NzWeitd1wZE yang tertera untuk teruskan menonton...in shaa Allah dengan adanya video cara buat yang telah disediakan, semoga ianya dapat membantu semua untuk mencuba kuih ni...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih dan selamat mencuba
1 biji keledek ungu - kukus
2 - 3 biji keledek oren - kukus
3 1/2 cawan santan (2 cawan santan + 1 1/2 air)
1 cawan tepung beras
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
daun pisang secukupnya
minyak masak secukupnya
2 helai daun pandan untuk mengukus
2 - 3 biji keledek oren - kukus
3 1/2 cawan santan (2 cawan santan + 1 1/2 air)
1 cawan tepung beras
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
daun pisang secukupnya
minyak masak secukupnya
2 helai daun pandan untuk mengukus
caranya
sediakan pengukus dan didihkan air hingga menggelegak
kemudian kukus dan keledek oren dan ungu hingga empuk (lebih kurang 1 jam)
apabila telah empuk, matikan api dan sejukkan keledek tadi.
setelah keledek telah sejuk, kupaskan kulitnya dan keledek di potong dadu. ketepikan
sediakan pan dan masukkan santan, tepung beras, gula dan garam. kacau sentiasa dengan api perlahan sampai santan sedikit pekat
masukkan keledek yang telah dipotong dadu tadi
kacau perlahan cukup semuanya rata dan kelihatan pekat (tak perlu kacau beriya nanti keledek akan hancur)
matikan api dan sejukkan sebentar.
cara membungkus belebat keledek
sediakan pengukus dan didihkan air bersama daun pandan
cuci daun pisang dan lapkan dengan kain bersih
potong daun pisang ukuran 7"x5" setiap helai
kemudian layurkan daun pisang di atas api
sapukan pula daun pisang tadi dengan sedikit minyak masak
ambil sehelai daun pisang tadi dan sudukan sesudu besar belebat yang telah di masak tadi
bungkus dan lipat daun pisang dengan kemas. buat sehingga habis
kukus belebat keledek tadi selama 15 minit (tak perlu lama kerana semuanya telah masak)
angkat belebat dari pengukus. siao
sedap dihidangkan ketika panas dan sejuk
belebat keledek / belebat ubi
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment