Salam my kesayangan...
selamat tahun baru buat semua...Alhamdulillah sampai jua tahun 2020 yang ditunggu2kan oleh semua...semoga di tahun ni akan lebih baik dari tahun sebelumnya...dimurahkan rezeki dan dimakbulkan doa2 yang lain...azam? bawak azam yang lepas ke tahun ni yang mana belum tercapai lagi tu...apakah? rahsia heeee
baik la...tengok2 di draft rupanya masih ada lagi entri tahun lepas yang masih belum diupdate...boleh pula ada yang tercicir tu ekkk heeee...jadi abaikan sahaja watermark pada gambar tu...jangan pening2 hihii...burger sambal ni QH dah buat pada tahun lepas lagi...ada yang panggil burger malaysia atau pau sambal...apa pon namanya...kuih ni merupakan kuih paling peberet tau...
lagi2 bila bulan puasa...boleh dikatakan hari2 mesti ada kuih ni kat atas meja...kiranya macam penyerilah kuih ni di atas meja tu...tapi tu la bila beli ni tak semuanya indah2 belaka...yang sedap, sedap sangat...kena yang hampeh...sambal pula masam...pau lak kematu dan berminyak...sambal macam sapu butter pon ade...pendek kata pelbagai edisi yang boleh jumpa pada kuih ni...terkena macam tu memang boleh mematikan selera...
lagi2 bila bulan puasa...boleh dikatakan hari2 mesti ada kuih ni kat atas meja...kiranya macam penyerilah kuih ni di atas meja tu...tapi tu la bila beli ni tak semuanya indah2 belaka...yang sedap, sedap sangat...kena yang hampeh...sambal pula masam...pau lak kematu dan berminyak...sambal macam sapu butter pon ade...pendek kata pelbagai edisi yang boleh jumpa pada kuih ni...terkena macam tu memang boleh mematikan selera...
nak rasa puashati sangat buat la sendiri...resepi ni memang QH jatuh cinta sangat...simple tapi hasilnya sangat2 menakjubkan...cukup lembutnya...cukup gebunya...dah sejuk pon teksturnya tetap sama...empunya resepi juga sertakan sekali dengan sambal bilisnya...aishhh cukup pakej dah tu...sedap semulajadi...ringkas dan padat...lepas tu buh la sambal tu banyak2 sikit...gumbira hati dapat makan hasil yang sangat sempurna...korang di luar sana wajib untuk cuba tau...nak buat niaga pon sangat rekemen...
disini QH sertakan dua cara untuk membuat pau goreng tu...satu uli dengan tangan...satu cara lagi menggunakan breadmaker...QH pilih guna mesin...tak larat nak uli dengan tangan...heeee...cara tersebut ada QH tunjukkan di youtube...nanti buat la comel2...barulah sedap mata memandang...
resepi ni ada QH sediakan video langkah demi langkah di channel youtube...klik pautan link yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau youtube channel Qasey Honey...ada banyak lagi resepi2 yang menarik ada di sana...
PAU SAMBAL ATAU BURGER SAMBAL MALAYSIA
sumber Cahaya Hidupku
youtube Qasey Honey
Bahan pau goreng
2 cawan tepung gandum1/2 sudu kecil Yis mauripan
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar majerin
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan air atau secukupnya untuk mencanai doh
cara pertama (menggunakan bread maker)
masukkan kesemua bahan di atas ke dalam bread maker dan pilih butang doh
biarkan BM menguli sehingga selesai
rehatkan doh sehingga mengembang dan naik 2 kali ganda
apabila doh telah mengembang, tumbuk doh dengan perlahan untuk mengeluarkan angin
keluarkan doh dan ulikan sekejap, kemudian bentukkan doh bulat2 kecil mengikut saiz pilihan
susun doh dalam tray yang telah di tabur dengan sedikit tepung. rehatkan doh sebentar hingga mengembang sekali ganda
panaskan minyak masak yang banyak dan goreng pau hingga kuning keemasan
angkat dan toskan minyak. sejukkan sebentar dan barulah dihiaskan dengan sambal tumis, telur rebus, timun dan daun salad
sebelum tu siapkan dahulu sambal tumisnya yea...heeee
Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu
Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
Siap untuk dihidang.
Bahan sambal bilis
30-40 tangkai cili kering - gunting dan rebus5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil garam atau secukupnya
2 sudu besar gula pasir - boleh kurangkan
1 sudu kecil pes asam jawa
segenggam ikan bilis
minyak masak untuk menumis
1 biji bawang besar/bawang holland - hiris
caranya
kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, garam, gula pasir, ikan bilis dan sedikit air ke dalam blender. kisar hingga lumat
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan asam jawa dan kacau rata. tambah air jika perlu.
Masukkan bawang besar atau bawang holland. Biarkan sehingga kering.
perasakan rasanya. jika dah sempurna dan tutup api.
pau sambal atau burger malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=fnifZ_mTfDQ&t=36s
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment