Qasey Honey. Powered by Blogger.

PROJEK KECIL QASEY HONEY BERSAMA SERI PELANGI


Salam my kesayangan…


Sekali lagi QH menimba pengalaman baru dalam dunia karier berblog ni…ianya memang begitu...apabila telah mencuba sekali pengalaman yang berbeza ianya seperti suatu ketagihan pula…heee…sebab tu apabila diberikan peluang, kita perlu mencubanya…bila sudah selesa dengan kerja tersebut ia akan menjadi mudah…perasaan berdebar tu akan tetap ada sebab kita tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi…tetapi mencuba dahulu tu adalah sangat penting…jika terdapat kekurangan dari situ la kita belajar untuk memperbaikinya… 


berkenaan projek kecil QH ni…QH telah ke studio untuk menyiapkan kedua2 video tersebut…kebetulan semasa QH ke sana ada lagi seorang yang tengah menyiapkan kerjanya…jadi sempat la QH melihat bagaimana caranya memasak…walaupon cuma tangan sahaja yang akan ditunjukkan...skill dia kena amik tau juga...jadi takdelah QH merasa gugup sangat…lagipon ianya tak jauh beza bagaimana cara QH menyiapkan sendiri video di rumah…dari situ QH sudah mula selesa…


untuk projek ni QH telah berkolaborasi bersama team Seri Pelangi ni pada bulan terakhir tahun lepas...kali ni QH telah diundang oleh Encik Fazli bagi menjayakan 2 video masakan menggunakan marjerin dari Seri Pelangi...
untuk konsep kali ni QH memilih resepi yang simple, sedap tentunya dan mudah untuk orang lain mencuba...resepi tersebut adalah sardin gulung bakar dan red velvet cookies 


QH menyenaraikan resepi ni pada encik Fazli kerana pertama sardin gulung bakar tu merupakan resepi pertama yang QH belajar semasa di sekolah dahulu...untuk resepi kedua tu pula kerana biskut tu selalu mendapat permintaan yang tinggi pada penggemarnya dan juga merupakan kegemaran QH dan QH pernah menjual biskut ni dulu menggunakan resepi tersebut


Alhamdulillah projek ni telah berjalan dengan lancar dan jayanya…terima kasih kepada team Seri Pelangi yang ada pada hari tersebut di atas kerjasama yang diberikan...walaupon sampai ke malam team tetap sama bersemangat menyiapkan kerja...penat tu sudah tentu dan studio ni agak jauh juga la dari rumah QH...tetapi atas komitmen dan amanah yang diberikan, ianya tidak menjadi masalah pada QH...seperti peribadi ni Alah Bisa Tegal Biasa...


Kedua2 video tersebut akan berada di youtube channel icookasia sikit masa lagi…sekarang ni masih dalam proses editing lagi…nanti rajin2 la tengok ke channel sana yea...takut lupa pula nak update nanti...


kepada encik Fazli terima kasih kerana mengundang QH untuk projek kali ni...terima kasih juga di atas segala kerjasama yang diberikan...jika ada lagi projek sebegini jangan lupa roger2 yea...diharap tak serik la berkerjasama dengan QH lagi lepas ni...heee...psttt jangan lupa hantar lagi produk Saji ke rumah QH tau...heeee


1 comment

norhidana said...

wahhhh kak, bestnya.... terliur nengok cookies ngn sardin roll tuh