Salam my kesayangan...
teringin pula nak berlempeng hari ni...kali ni kita ubah sedikit dari kebiasaan...lempeng ni QH menggunakan air pandan dan daun sup buat penambah seri dan rasa...
sesekali tekak ni nak makan makanan jenis begini pula...kalau nak tahu selalu pepagi kalau QH bersarapan masa kerja...terliur tau apabila ternampak lempeng...tetapi tak pernah beli lagi sebab lambat nak tunggu...bila tanya2 penjual tu akan kata lempeng2 tu semua dah bertuan...kalau nak juga kena tunggu lama sikit...
tu lah kadang benda yang boleh di rumah dan nak buatnya bukan la sesusah manapon...tapi bila ada yang menjualnya...orang akan tetap beli...siap beratur panjang lagi...mahu kan tidak kalau berderet pencicah yang ditawarkan...ada kari daging la, kari ayam la, kambing la dan juga sambal tumis...kalau dah beli ni paham2 aje la ehhh harganya pula...
lempeng pandan yang QH buat ni sedap tau dan baunya juga wangi je...walaupon di dalam resepi ni QH tidak menggunakan telur...ianya tetap lembut dan tidak liat walau sudah sejuk...tiada apa2 petua pon...air bancuhan tu guna air paip je pon tetapi hasilnya in shaa Allah seperti yang QH bagitahu seperti di atas tu...
lempeng ni QH buat sikit je...walaupon sikit agak jenuh jugak la nak menghabiskannya...maklum la lempeng ni kan kena masak satu persatu...jadi ambil masa sedikit la untuk siap...nak buat besar supaya cepat siap tak sedap dan akan rasa jenuh kot nak habiskan...cuba buat lempeng tu kecil2 guna pan saiz 20 inci...sedar2 je dah 2 atau 3 keping rupanya...cicah pula dengan sambal tumis mahunya tak sedap melayan selera tu...heeee
ada yang ingin mencuba ke...resepi ni QH ada menyediakan video langkah demi langkah tau...kot ada yang tak tahu untuk membuat lempengkan...boleh la menonton dengan hanya mengklik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=kpGsQzxL1Ew yang tertera tu...jangan lupa untuk subscibe tau kerana ada banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...terima kasih
LEMPENG PANDAN LEMBUT SEDAP
youtube Qasey Honey
Bahan2
1/4 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/4 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan (7-10 helai daun pandan)
2 sudu besar minyak masak
1-2 pokok daun sup
caranya
sediakan blender dan potong daun pandan kecil dan kisarkan dengan air secukupnya.
kemudian tapis dan jadikan air pandan tersebut sebanyak 2 cawan atau secukupnya
sediakan mangkuk yang sesuai, masukkan garam secukup rasa dan tambahkan sedikit air. kacau sehingga garam larut.
kemudian masukkan tepung gandum dan masukkan air pandan sedikit demi sedikit. kacau sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu pekat dan cair.
masukkan pula minyak masak dan kacau sebati.
akhir sekali masukkan daun sup dan kacau lagi sehingga sebati.
panaskan pan non stick tanpa minyak dan sendukkan 2 senduk bancuhan tadi dan ratakan permukaannya.
biarkan atasnya sehingga mengeras atau kering, barulah diterbalikkan.
masak sehingga kedua2 bahagian garing dan barulah di angkat.
buat sehingga selesai. siap di hidang panas dan hidangkan bersama dengan sambal tumis.
lempeng pandan lembut sedap
https://www.youtube.com/watch?v=kpGsQzxL1Ew
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment