Qasey Honey. Powered by Blogger.

POPIA SAYUR RANGUP DAN MUDAH UNTUK DISEDIAKAN...JUGA SEDIKIT TIPS


Salam my kesayangan...

cuti sekolah telah bermula...mana yang tidak pergi ke mana2 tu...jom buat projek masak2 di dapur...maklum la bila tiba musim cuti sekolah begini, semua anak2 ada di rumah...sudah tentu pelbagai permintaan yang telah diminta oleh mereka kan...terutama sekali pada yang duduk di asrama...mereka sudah semestinya merindui air tangan ibunya apabila berjauhan...sebagai ibu pula tentu tidak sampai hati untuk tidak menunaikannya kan...

apa kata hari ni mulakan projek dengan membuat popia sayur...bukan sahaja sedap malah penyediaannya juga sangat mudah...boleh juga buat bersama dengan anak2...bila buat beramai2 cepat sikit siapnya...buat banyak2 pon boleh...lepas tu selebihnya boleh di frozenkan...apabila nak makan pada bila2 masa tinggal boleh gorengkan sahaja...


jika nak buat banyak...gandakan sahaja bahan2 di bawah tu...ni QH buat sikit jer...30 keping pon tak sampai...cukup la untuk isi rumah QH yang tak ramai tu...makan sorang sikit...

untuk mendapatkan popia yang rangup...lepas masak inti tu toskan inti tadi sampai airnya habis keluar...jika tidak kulit popia akan basah dan mudah terkoyak...lepas tu dah letakkan inti...gulung popia dengan kemas...lipat kiri kanan kulit tu dengan padat...supaya semasa menggoreng popia tu nanti tidak berminyak dan lembik apabila sejuk...jika rajin buat sos cili tu sendiri lagi sedap...ni QH makan dengan sos cili botol je heeee....

macam biasa buat adik2 yang ingin belajar untuk membuat popia sayur ni sendiri...QH ada menyediakan video langkah demi langkah cara membuatnya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=WQCB824SuKM yang tertera untuk terus menonton...sebelum tu jangan lupa subscribe youtube channel QH tau...banyak lagi video2 menarik ada di sana...


POPIA SAYUR RANGUP
youtube Qasey Honey

Bahan2
kulit popia secukupnya
1 batang timun - sagat
1 batang carrot - sagat
1/2 biji sengkuang - sagat
garam secukup rasa

bahan kisar
satu genggam udang kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

bahan gam
tepung gandum + sedikit air - satukan


caranya
panaskan sedikit minyak masak.
kemudian tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
masukkan pula timun, lobak merah dan sengkuang yang telah di sagat halus. kacau hingga kesemuanya rata.
perasakan dengan garam secukup rasa.
angkat dan tapis inti tadi biar airnya keluar. sejukkan sebentar sebelum digunakan.
sediakan kulit popia, lapikkan dengan kain sejuk supaya kulit tidak kering.
ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti yang telah ditapis tadi.
gulungkan dengan kemas dan sapukan hujungnya dengan campuran tepung gandum sebagai gam. buat sehingga selesai.
panaskan minyak masak dan goreng popia hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya.
hidangkan bersama dengan sos cili.


popia sayur rangup
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih


1 comment

Rizziela said...

Memang pun... budak cuti sekolah.. mmg sakit kepala dok pikir menu nak bg depa makan... berulang2