AYAM MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR REBUS PASTI SEDAP
Salam my kesayangan...
lauk yang sering sahaja membuatkan QH selalu melanggar pantang apabila makan...rasa tak syok pula makan kalau tidak bertambah dengan lauk masak lemak cili padi ni...sejenis lauk yang tidak pernah jemu2 untuk di masak selalu...pelbagai versi yang telah QH kongsikan resepi ni di sini...kejap letak ikan la...letak udang la...kali ni teringin pula nak masak ayam masak lemak cili padi bersama telur rebus sebagai pelengkap menu pada hari tersebut...
kalau masak lemak cili padi kena buat pedas2 sikit baru la umphhh rasanya...macam biasa la untuk menambahkan lauk tu lagi meriah...QH tambahkan kentang dan lobak merah di dalamnya...sebagai pelengkapnya pula semasa makan tambah telur dadar pada QH lauk ni dah cukup sempurna...
untuk masak lemak cili padi ni tak perlu untuk ditumis pon takpe...tetap sedap rasanya...kebiasaannya memang amat jarang untuk orang menumis lauk ni...cukup sekadar leburkan sahaja semua ke dalam periuk...mulakan dengan ayam...selepas tu masukkan bahan kisar sehingga ke bahan seterusnya...amat senang untuk masak lauk ni...jangan takut untuk masak menggunakan santan...pandai kawal api dan sentiasa kacau perlahan...in shaa Allah hasilnya akan sangat sempurna...takde la nampak santan tu pecah dan berbintil2...
untuk resepi ni QH ada menyediakan video langkah demi langkah sehingga siap di youtube channel Qasey Honey...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=D84E171WwTU yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe, like dan share tau...terima kasih...
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR REBUS
youtube Qasey Honey
bahan2
1/2 ekor ayam
2 batang serai - diketuk
2 biji kentang
2 cawan air
1 batang lobak merah
1 sudu kecil asam jawa
200 ml santan
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
4 biji telur yang telah di rebus
bahan kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 inci kunyit
2 inci halia
20-25 biji cili padi - boleh tambah jika suka lagi pedas
caranya
bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang dikehendaki
panaskan periuk dan masukkan ayam, bahan kisar dan serai. gaul rata.
masukkan pula air dan kentang. kacau rata dan tutup periuk sampai semuanya empuk.
kemudian masukkan lobak merah, asam jawa, santan, garam dan gula secukup rasa. sekali sekala kacau perlahan hingga mendidih.
akhir sekali masukkan daun kunyit dan telur rebus. kacau perlahan dan perasakan rasanya. siap
ayam masak lemak cili padi bersama telur rebus
jangan lupa untuk subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment