WANPAKU AYAM GORENG (WANPAKU VIRAL - SANDWICH JEPUN STYLE)
Salam my kesayangan...
kembali bersiaran...
berwanpaku kita hari ni...lama dah buat...kat ig pon dah lama di update cuma lambat sikit untuk singgah ke sini...kali ni kembali ke resepi viral...wanpaku ni secara mendadak ianya menjadi viral dan telah merebak ke seluruh Malaysia...sandwich yang selalu dihasilkan di Malaysia tidak setebal wanpaku ni...setakat 2 keping roti, pastu apitkan dengan sardin, tuna atau telur...berbeza pula dengan wanpaku ianya lebih tebal...kena mengangga luas2 untuk memakannya...
wanpaku ni merupakan sejenis sandwich mengikut cara jepun dan sangat terkenal di sana...dimana 2 keping roti diapit dengan pelbagai jenis sayuran mentah dan protein...wanpaku atau istilah paling mudah untuk disebut adalah sandwich bantal heee...apabila terpandangkan wanpaku ni pasti akan rasa terliur dan teruja untuk menikmatinya kerana warnanya yang ceria serta menarik...

di dalam keterujaan ramai yang ingin mencuba wanpaku ni...pelbagai variasi dapat di lihat...orang Malaysia kan amat terkenal dengan kreativiti...ada yang tambah dengan cheese meleleh leleh lagi...ada yang tambah sehingga 2-3 protein di dalam sandwich tu...jika terlampau kreatif yang pada asalnya sejenis sandwich sihat akan menjadi sebaliknya pula...jadi berpada2 la apabila membuatnya yea...minimalkan penggunaannya...tak cukup buat lagi sehingga puas dengan segala versi yang kita mahu...
untuk membuat wanpaku ni tidak la sesusah mana pon...seperti sandwich biasa, gunakan bahan yang kita suka dan mudah untuk di cari...cuma nak buat wanpaku ni perlukan tebalkan menjadi size XL...wanpaku yang QH buat ni menggunakan seperti bahan2 yang tertera di bawah...makan 2 ketul memang terasa kenyang yang amat...wanpaku ini sesuai dijadikan sebagai bekalan...
untuk melihat bagaimana langkah demi langkah wanpaku ni dihasilkan boleh klik link https://www.youtube.com/watch?v=UDTluQFmCc8&t=2s yang tertera untuk teruskan menonton diharapkan video ni nanti akan dapat membantu kepada adik2 yang ingin mencuba dan belajar memasak...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel Qasey Honey tau...
WANPAKU AYAM GORENG (SANDWICH CARA JEPUN)
youtube Qasey Honey
bahan2
kepingan isi ayam
tepung bestari ori/spicy - guna spicy
olive oil utk menggoreng
caranya
nipiskan kepingan isi ayam atau ketuk2kan hingga menipis
bersihkan ayam tadi (biarkan ayam berkeadaan basah untuk mudah menyalut dengan tepung nanti)
ambil tepung bestari tadi dan salutkan ayam tadi dengan rata keseluruhannya
ketepikan dan terus panaskan olive oil secukupnya
goreng ayam tadi hingga garing sambil dibalik2kan sekali sekala (jangan terlalu garing nanti isi ayam tidak juicy)
angkat dan toskan minyaknya
BAHAN UNTUK MEMBUAT SANDWICH
youtube Qasey Honey
roti wholemeal - roti ikut pilihan
isi ayam yang telah di goreng
daun salad
thousand island sauce
lobak merah - hiris nipis
timun - hiris nipis
kobis ungu - hiris halus
caranya
ambil sekeping roti dan letakkan sehelai atau lebih daun salad
kemudian paipkan sos thousand island secukupnya
susun lobak merah sehingga sedikit tebal
kemudian letakkan isi ayam yang telah di goreng tadi
susun pula kobis ungu secukupnya
akhir sekali susunkan hirisan timun sedikit tebal
paipkan sos thousand island secukupnya dan tutup dengan sekeping roti
ambil pula plastik wrap dan balutkan sandwich tadi dengan padat dan kemas
kemudian barulah la di potong bahagian tengahnya
siap untuk dihidang
wanpaku / sandwich ayam goreng
https://www.youtube.com/watch?v=UDTluQFmCc8&t=2s
jangan lupa subscribe, like dan share youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment