RESEPI LENGKAP CHICKEN CHOP CORNFLAKES RANGUP, SOS LADA HITAM SEDAP DAN COLESLAW MUDAH
Salam my kesayangan...
hai laaaa...terasa susahnya nak siapkan entri kali ni...bukan berhari malah makan masa hampir berminggu...kaedahnya buka tutup...buka tutup...sampailah akhirnya kena siapkan juga la entri ni malam tadi...dah siap entri ni teruskan setkan masa untuk publish pada pagi ini...memang kebiasaannya entri QH akan setkannya begitu...
yang menghilang seketika tu QH lebih tumpukan pada kerja-kerja harian...siapkan projek dan sempat juga la menyiapkan beberapa tempahan sempena Deepavali...
untuk kali ni dan untuk kesekian kalinya QH kongsikan lagi resepi Chicken Chop dan Sos Lada Hitam yang telah berkali2 QH cuba dan juga telah beberapa kali juga QH kongsikan di sini...kesedapannya tiada tandingan sehingga kita...boleh la selongkar di dalam ni untuk melihat resepi chicken chop dan sos lada hitam yang telah QH buat...
yang menghilang seketika tu QH lebih tumpukan pada kerja-kerja harian...siapkan projek dan sempat juga la menyiapkan beberapa tempahan sempena Deepavali...
untuk kali ni dan untuk kesekian kalinya QH kongsikan lagi resepi Chicken Chop dan Sos Lada Hitam yang telah berkali2 QH cuba dan juga telah beberapa kali juga QH kongsikan di sini...kesedapannya tiada tandingan sehingga kita...boleh la selongkar di dalam ni untuk melihat resepi chicken chop dan sos lada hitam yang telah QH buat...
resepi ini juga telah menjadi top 3 di dalam blog QH...setiap masa ianya tetap menjadi pilihan ramai...lagi2 resepi sos lada hitam tu...rasa dan teksturnya setaraf restoran 5 bintang tau...sedap sangat...tiap kali buat resepi ni la yang akan QH gunakan...kali ni kejadiannya lebih halus dan sempurna kerana QH telah mengisarkan dan hasilnya sangat memuaskan...untuk melihat bagaimana proses untuk menyiapkan sos lada hitam ni boleh klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=1XDQZSctX1A yang tertera untuk teruskan menonton...
untuk resepi chicken chop pula...tetap juga menggunakan resepi yang sama dan biase QH gunakan...cuma coated je QH pelbagaikan...kali ni coated QH menggunakan cornflakes...sedap dan rangup sahaja rasanya...walau di luarnya kelihatan garing tetapi isi ayam di dalamnya sangat juicy dan isinya lembut...turut juga QH sediakan video langkah demi langkah cara memasaknya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=HYq36WTi4Y4 yang tertera ini untuk teruskan menonton...
untuk coleslaw pula resepinya sangat ringkas dan sedap...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=cEUUEvbMOuk ini teruskan menonton...sebelum jangan lupa subscribe, like dan share yea youtube channel Qasey Honey tu...terima kasih...
CHICKEN CHOP CORNFLAKES RANGUP
youtube channel Qasey Honey
Bahan2
3 bahagian peha (boneless)
3 ulas bawang putih - kisar halus
6 inci halia - kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
Garam
bahan Salutan
1 biji telur - kacau
2 sudu besar tepung gandum atau secukupnya
cornflakes secukupnya - kisar
Cara:
Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.
SOS LADA HITAM SEDAP / BLACK PEPPER SAUCE
youtube channel Qasey Honey
Bahan2
2 sudu besar butter
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
1 kiub ayam
2 cawan air
1 sudu kecil kicap biasa / sedikit kicap pekat
1 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar lada hitam - kisar (boleh tambah dan kurang - ikut kepedasan masing2)
garam dan gula secukup rasa
Caranya
Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
COLESLAW SENANG DAN SEDAP
youtube channel Qasey Honey
bahan2
1/3 biji kobis biasa
1/3 biji kobis purple
1 batang lobak merah
1 botol mayonis
garam n gula secukup rasa
caranya
kobis hiris halus
lobak potong mancis
satukan semua bahan dan kacau rata
Chicken Chop Cornflakes Crispy / Chicken Chop Rangup dan sedap
Sos Lada Hitam Sedap / Black pepper sauce
coleslow mudah / easy coleslaw
jangan lupa untuk subscibe, like dan share youtube channel Qasey Honey ni yea...terima kasih
Post a Comment