Qasey Honey. Powered by Blogger.

NASI SERAI / NASI BERINGIN DAN KURMA AYAM BERSAMA TELUR REBUS GERENTI SEDAP


Salam my kesayangan...

Beberapa minggu lepas, tiba la hari angin rajin nak masak nasi sedap berperisa begini...lagi pula melayan selera yang teringin sangat nak makan nasi serai atau ada yang memanggilnya nasi beringin...mudah sahaja cara QH masak nasi serai ni dan menggunakan sahaja bahan yang sedia ada di rumah...

QH masak nasi ni cukup la untuk 3-4 orang makan je...jika mahu lebih boleh gandakan bahan2 seperti di bawah...nasi serai ni sedap je di makan dengan apa sahaja lauk...yang ni QH lawankannya dengan ayam masak kurma dan acar timun...

lauk kurma tu pon QH teringin sangat juga nak makan...entah la tekak ni kadang tak boleh bawa bincang...heeee...


Ayam masak kurma ni pon ikut belasahan QH jer...ikut sesedap selera...sebelum ni QH pernah kongsikan resepi kurma telur di sini...nanti cari la yea...ada la ubah suai sikit pada resepi kali ni...

untuk ayam masak kurma ni QH masukkan juga telur rebus...kali ni ada ayam ada telur...letak sekali kentang dan lobak merah...cukup sempurna dah menu pada hari tersebut untuk seisi rumah QH...sesekali masak begini cukup berselera sungguh la makan...iya la bukan senang untuk menyediakannya jika tiada kerajinan bukan...heeee...apabila keinginan yang melampau boleh pulak masak...lauk kurma ni makin lama makin sedap tau...mungkin semuanya sudah sebati dan meresap pada ayam tu...tak percaya jom cuba... 


sudah menjadi kebiasaan sekarang ni...semua resepi yang QH masak akan ada video langkah demi langkah...kedua2 resepi ni boleh di tonton dengan hanya klikkan sahaja link yang tertera di sini https://www.youtube.com/watch?v=qg1WtDf8NmA&t=2s dan di sini https://www.youtube.com/watch?v=J3xQnwRn2eU&t=3s...jangan lupa subscribe youtube channel QH dan juga sila like dan share...terima kasih... 


NASI SERAI WANGI ATAU NASI BERINGIN
youtube Qasey Honey

bahan2
2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang holland - mayang halus
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
3 batang serai - ketuk
2 helai daun pandan
2 cawan air
1/4 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
1 sudu besar kismis - optional
2 helai daun mint
garam secukup rasa



caranya
Panaskan periuk nasi di atas dapur, masukkan minyak jagung dan minyak sapi.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga naik baunya.
Kemudian kita tumiskan bawang holland, bawang putih dan halia tumis hingga naik bau dan layu.
masukkan pula serai dan daun pandan. Tumis lagi
Tambahkan air, susu cair, kiub ayam, kismis, daun mint dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan beras yang telah direndam 30 minit dan ditos airnya.
Alihkan periuk dan sambung masak nasi macam biasa menggunakan periuk nasi.
Apabila nasi telah masak, kacau menggunaka chopstick supaya nasi tak patah dan hancur.


ACAR SIMPLE

bahan2
1 batang lobak merah - sagat halus
1 batang timun jepun - sagat halus
2 batang cili merah - hiris halus
1 biji bawang besar - hiris halus
gula secukup rasa
garam secukup rasa
cuka - jika suka

caranya
satukan semua dan gaul rata







AYAM MASAK KURMA SEDAP

youtube Qasey Honey

bahan2
1/2 ekor ayam
1  batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 batang lobak merah
3 biji kentang
1 kotak kecil santan
2 cawan air
3 tangkai cili hijau
6 biji cili padi
1 biji tomato
4 biji telur rebus
garam secukup rasa

bahan kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 inci halia

bahan pes
3 sudu besar rempah kurma
3 tangkai daun kari
1 sk asam jawa
1/2 sk garam
1/2 cawan air



caranya
Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau.
masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan pes kurma dan tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan lobak merah, kentang dan ayam. Kacau rata dan tutup periuk hingga semuanya empuk dengan api sederhana.
Buka penutup periuk, masukkan santan yang telah dicampurkan dengan air. Kacau rata dan biarkan hingga sedikit mendidih sambil kacau sekali sekala.
Masukkan pula lada hijau, cili padi, tomato dan telur rebus. Kacau perlahan hingga mendidih. Sesuaikan rasanya dengan perasa. Siap.


nasi serai / nasi beringin
https://www.youtube.com/watch?v=qg1WtDf8NmA&t=2s

ayam masak kurma

https://www.youtube.com/watch?v=J3xQnwRn2eU&t=3s

jangan lupa like, share dan subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih


1 comment

Cik Itah said...

omg..why is it look so so so..yummyyy!!