Qasey Honey. Powered by Blogger.

POPIA CHEESE CARBONARA - RESEPI VIRAL


Salam my kesayangan...

kembali ke udara...beberapa hari yang lepas QH sibuk sikit dan ada la terlibat dengan program yang lain...cerita tu nanti kemudian QH kongsikan di sini yea...maklum la pengalaman baru...tunggu yea

sekarang ni nak update 1 lagi resepi viral yang telah di cuba oleh QH...sedap...sedap sangat...lepas ni wajib untuk dibuat stok simpan di dalam freezer...bila2 terasa lapar boleh di goreng pada bila2 masa...pada yang belum mencuba...sila la buat resepi ni dengan segera...pasti akan buat berkali2 lepas ni...sebabnya QH dah rasa dan sudah terpikat dengan resepi ni...sangat berbaloi...


bahan utama resepi ni adalah sos carbonara tu...pada QH bahan yang lain2 tu boleh di ubah sesuai rasa...dah jemu dengan ayam boleh gantikan dengan daging...popia ni juga sedap di makan panas2...baru la nampak cheese tu di tarik2 dan isinya creamy...jika dah sejuk cheese tu akan terasa sedikit masin...jadi garam tu nanti boleh di suai rasanya jika perlu...ni cerita berdasarkan pengalaman tau...nak nampak lagi cantik dan menawan...popia tu boleh di balut 2 kali dengan kulit popia...guna selapis bila isi padat ianya mudah pecah dan bocor apabila di goreng...

popia ni juga QH ada buat frozen...cara nak simpannya macam biasa...jika tak nak popia tu melekat antara lain boleh balutkan dengan sedikit plastik... 

macam biasa la kan...sekarang ni setiap resepi yang QH kongsikan di sini pasti ada video langkah demi langkah yang turut QH sediakan...ianya agar memudahkan yang lain faham dan ikut...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=7cCTIFO41lQ yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau...terima kasih 


POPIA CHEESE CARBONARA
youtube Qasey Honey

bahan inti
3 keping isi ayam
1 bawang holland
1/2 batang lobak merah
3 batang sosej ayam
1/3 biji capsicum merah
1 tin sos prego
1 sudu kecil lada hitam - kisar
1 sudu kecil oregano
gula dan garam secukup rasa

kulit popia secukupnya
mozzarella 
tepung gandum + air secukupnya (satukan jadikan sebagai gam)



caranya
panaskan kuali atau pan. kemudian masukkan isi ayam tadi tanpa minyak. kacau sekali sekala hingga air ayam kering atau mengecut.
kemudian masukkan pula bawang holland dan tumis hingga layu.
masukkan pula lobak merah. kacau sekali sekala dan biarkan seketika.
masukkan sosej dan capsicum. kacau rata.
masukkan pula sos prego dan kacau rata.
masukkan lada hitam, oregano kering, gula dan garam (jika perlu). kacau rata semuanya.
apabila rasa telah sempurna terus matikan api (inti jangan terlalu pekat dan biarkan creamy)
sejukkan sebentar
sediakan kulit popia secukupnya
letakkan inti carbonara tadi dan sedikit mozzarella 
kemudian lipat kulit popia dengan kemas. sapukan sedikit hujungnya dengan campuran tepung gandum sebagai gam dan lekatkan. buat sehingga selesai
panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. sedap dimakan panas2


popia cheese carbonara
jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih


1 comment

Ibu Lala said...

kemain cantik deko gambo tu. saya pun pernah buat popia carbonara ni. kulit popia pun ada lagi kat rumah tu.