Qasey Honey. Powered by Blogger.

JOM BUAT SENDIRI AYAM GORENG, MASHED POTATO DAN COLESLOW SEPERTI SET ALA KFC...PASTI BERBALOI DAN JIMAT


Salam my kesayangan...

sekali lagi kerajinan terserlah...heeee
kali ni buat set ayam goreng ala kepci pula...rasa teringin sangat nak buat set begini sendiri...bukan tak boleh beli je yang sedia ada jual kat luar sana tu...cuma nak merasa hasil dari airtangan sendiri baru berasa puas...lagi pula bukan senang nak tengok QH luar biasa rajin beginikan

apabila buat sendiri ni banyak jimatnya...sangat sesuai jika di dalam rumah tu ramai ahlinya...lepas tu diri sendiri pon akan berasa puas sangat apabila hasil yang kita masak tu habis licin di makan...rasa hilang segala rasa penat bersilat di dapur tu...yang paling best boleh makan tanpa had selagi ada makan la puas2...camtu lah kaedahnya...heee


cara mudah untuk menyiapkan set ni senang jer...memula sediakan bahan untuk perap ayam dahulu...sebab ayam tu perlu di perap selama 2-3 jam baru sedap...lepas tu sediakan bahan untuk buat kentang putar dan brown sos...apabila dah siap kedua-duanya...siapkan bahan untuk buat  coleslow pulak (coleslow ni lagi lama sedap sebab air dari sayuran tu dah keluar)...sudah siap kesemuanya, sambunglah balik untuk siapkan ayam goreng...mudahkan kalau ikut cara2 di atas tu...mesti takkan rasa kelam kabut dan kalut la kalau buat kerja bersistem begitu...

seperti biasa setiap resepi yang QH paparkan hari ni...kesemuanya telah QH siapkan video langkah demi langkah di youtube channel Qasey Honey...hanya perlu klik dan subscribe jer channel tersebut...sebab ada banyak lagi tau video2 menarik yang ada di sana...untuk terus menonton video2 resepi kali ni klik pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=0OQ5FzBspFA , https://www.youtube.com/watch?v=HfPl54sUaIw dan https://www.youtube.com/watch?v=Sc_Vy8utaxc ...jangan lupa subscribe tau...terima kasih


AYAM GORENG ALA KFC
youtube Qasey Honey

bahan perap
8 ketul ayam - dari seekor ayam yang di potong 12
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung bestari
air secukupnya

bahan kisar
8 ulas bawang putih
4 inci halia
1/2 cawan air

bahan salut
5 sudu besar tepung bestari spicy - tak nak pedas guna ori
5 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras


caranya
satukan serbuk cili, serbuk kari, serbuk kunyit, garam secukup rasa dan bahan kisar. gaulkan semuanya hingga rata.
masukkan ayam ke dalam bahan perap tadi. gaul hingga rata keseluruhannya.
tambah tepung bestari dan juga air secukupnya (lebih sedikit pon takpe). gaul lagi hingga rata semuanya.
perapkan ayam tadi selama 2-3 jam ke dalam peti sejuk.
satukan bahan salut dan gaul hingga rata.
keluarkan ayam yang telah diperapkan tadi dan panaskan minyak masak secukupnya (dalam gorengan tenggelam)
ambil ayam tadi dan salutkan dengan campuran tepung tadi. salutkan dengan rata keseluruhan ayam (untuk hasil yang memuaskan lepas salut terus masukkan ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan)
goreng ayam tadi hingga kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya.
hidang panas bersama sos cili, mashed potato dan coleslow.


MASHED POTATO
youtube Qasey Honey

bahan2
air secukupnya - untuk merebus
4 biji kentang
1 1/2 kotak kecil susu segar
2 sudu besar butter

caranya
Sediakan periuk kemudian masukkan air (lebihkan sehingga kentang tenggelam)
Masukkan kentang yang telah di potong kecil supaya cepat empuk
rebus hingga kentang empuk
kemudian tapiskan airnya dan lenyekkan kentang tadi bersama butter hingga lumat
masukkan susu segar dan gaul rata. ketepikan.
siapkan brown sosnya pula


BROWN SAUCE
youtube Qasey Honey

bahan
4 sudu besar butter
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil lada hitam - kisar
1 kiub ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 1/2 cawan air

caranya
Panaskan pan atau kuali, kemudian masukkan butter biarkan hingga cair
tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan warna sedikit keperangan
masukkan pula serbuk stok ayam, lada hitam, kiub ayam dan tepung gandum. Tumis lagi hingga bertukar warna coklat.
masukkan air dan kacau rata. Biarkan kuah sedikit pekat terus matikan api
masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga semua hancur.
masakkan semula sos tadi sekejap hingga mendidih. Apabila sudah mendidih terus matikan api (kuah tidak perlu pekat)
hidangkan bersama dengan kentang putar tadi.


COLESLOW
youtube Qasey Honey

bahan2
1 buku kobis - size kecil
1 batang lobak merah
1 botol mayonis atau lebih
garam n gula secukup rasa

caranya
kobis di hiris halus (boleh lebihkan)
lobak di potong dadu
satukan semua bahan dan kacau rata
perasakan rasanya dan tidak perlu tambah air kerana ianya akan mengeluarkan airnya sendiri
siap untuk di hidang (simpan dalam peti sejuk seketika untuk rasa yang lebih sedap)



2 comments

Siti Yang Menaip said...

cantiknyaa gambar2.. pakai camera apa ni..
i sukaaaa hehe..

Ibu Lala said...

saya selalu buat ayam goreng je. mash potato belum pernah buat.