NASI HUJAN PANAS YANG SANGAT SEDAP DAN TIPS NASI CANTIK BERDERAI
Salam my kesayangan...
Ku sangka panas sampai ke petang...rupanya hujan di tengah hari...jom la makan untuk tenangkan hati yang gundah gulana ni...
lama rasanya QH tak masak nasi sedap2 macam ni...sesekali datang jugak angin rajin apabila tekak ni terasa teringin nak makan nasi berperisa begini...pilihan QH kali ni teringin benar nak makan nasi hujan panas...lama sangat dah QH tak masak ni...adalah dalam 4 tahun gitu...yang ni pertama kali dikongsikan di sini...
QH pernah kongsikan resepi ni di dalam buku masakan edisi Siri Blogger Masakan Qasey Honey iaitu Nasi & Mee...siapa yang ada beli buku masakan tu mesti akan tahu akan resepi ni dan terdapat pelbagai lagi resepi2 menarik yang ada dikongsikan di dalam buku tersebut...
nasi hujan panas ni QH gandingkan bersama ayam masak merah...resepinya nanti QH update kemudian yea...
nasi hujan panas ni QH gandingkan bersama ayam masak merah...resepinya nanti QH update kemudian yea...
Untuk masakan kali ni...QH ada la ubah dan tambah sikit2...rupanya tetap sama malah lagi sedap rasanya...yang paling QH puashati nasinya elok berderai la hasilnya...walau dah pernah masak sendiri nasi ni tetapi perasaan berdebar tu tetap ada...entah bagaimana la rupanya nanti...itu je la yang bermain2 di fikiran ni selagi belum siap...ok ke tidak sukatan air untuk beras yang digunakan kali ni...susu pula QH menggunakan susu fullcream...tu je susu yang ada di rumah...tak perasan pula susu cair tu dah habis...Alhamdulillah berkat tawakal hasilnya sangat memuaskan...kaler pon cantik dan tidak keterlaluan...
jika sebelum ni bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan halia tu dikisar...kali ni dihiris halus sahaja...rasa malas pula nak keluarkan blender...ok itupon tak jadi masalah...tidak terganggu pon apabila makan nanti...jika terjumpa halia tu ketika makan letakkan je ketepi...heeee...senangkan
untuk mendapatkan nasi yang cantik berderai dan tidak patah...gemburkan nasi tadi menggunakan chopstick dengan perlahan...lagipon setakat nasi 3-4 pot takde masalah gunakan chopstick...lain la masak berkawahkan agak mustahil la ikut tips tadi...heeee
Hendak mencuba juga resepi ni...jikalau masih tidak faham setelah membaca resepi di di bawah...boleh tengok video masak langkah demi langkah yang telah QH sediakan...klik sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=E9AYf1RQG-c&t=106s yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa yea sebelum tu subscribe youtube channel QH tu tau...banyak la video2 yang menarik ada di sana...terima kasih...
2 1/2 cawan beras basmathi (rendam 30 minit @ lebih dan toskan)
2 1/2 cawan air (guna cawan metrik)
1/2 cawan susu cair - kali ni guna fullcream milk
1 biji tomato buah (cincangkan)
1 sudu besar kismis - optional
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
2 helai daun bay - optional
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
Pewarna hijau, merah dan oren
2 1/2 cawan air (guna cawan metrik)
1/2 cawan susu cair - kali ni guna fullcream milk
1 biji tomato buah (cincangkan)
1 sudu besar kismis - optional
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
2 helai daun bay - optional
1 kiub ayam
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
Pewarna hijau, merah dan oren
Bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 inci halia - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 inci halia - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Caranya
Panaskan minyak sapi dan majerin dalam periuk.
Masukkan serai dan daun pandan. Tumis sebentar hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan tumis. Tumis lagi hingga naik bau dan layu.
Masukkan air dan garam. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato dan kismis. Kacau lagi sehingga sedikit mendidih.
Kemudian masukkan pula beras yang telah direndam awal tadi. Kacau rata sehingga ke bawah.
Masakkan nasi seperti biasa menggunakan periuk elektrik. Apabila suis periuk elektrik telah padam,
letakkan pewarna pada tempat yang berlainan. (jangan kacau lagi masa ni)
Tekan lagi periuk elektrik dan biarkan hingga matikan sendiri (ketika ni nasi masak cantik dan kering).
Kemudian barulah gemburkan nasi menggunakan chopstick supaya warna tadi rata keseluruhan nasi. (tujuan menggunakan chopstick supaya nasi tidak patah apabila digaul nanti)
Siap.
nasi hujan panas sedap
jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment