KROKET KENTANG SARDIN YANG SEDAP DAN MUDAH
Salam my kesayangan...
tiap minggu bulan September ni dapat cuti bersambung 3 hari...seronok lak rasa lama sikit di rumah...maka berbagai2 resepi yang keluar dari dapur QH...heeee...ni la masanya untuk menggurangkan senarai yang ada...walau masih panjang berjela...adalah bergerak sedikit...ni la jadinya pantang jumpa resepi cepat aja nak simpan...
maklum la dengan dunia serba canggih ni...cepat je terupdate resepi2 yang baru dan lebih trending...memang tak terkejar la jawapnya...rasanya kalau hari2 duduk rumah pon belum tentu dapat terbuat semua resepi tu...mampu tengok je la...heeee
kroket kentang ni lama dah QH idam nak buat...tetapi tu la...kadang terlupa nak beli bahan2 dia...kadang bila bahan dah ada...termalas la pulak...pilihan QH kali ni nak campurkan bersama sardin...bau sardin ni agak kuat terkadang ada yang tak suka...jadi kalau nak hilangkan sedikit bau hanyir sardin tu boleh perahkan sedikit jus lemon kemudian baru hancurkan...
untuk resepi ni seperti biasa QH ada membuat video langkah demi langkah cara membuatnya...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=G7VxW5crcjE yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tau...terima kasih
KROKET KENTANG SARDIN
youtube Qasey Honey
bahan2
air secukupnya
5 biji kentang
1 sudu kecil garam
1/2 batang leek - hiris halus
1 tangkai cili merah - hiris halus
1 biji bawang besar - hiris halus
1/2 biji lobak merah - potong dadu
1 tin besar sardin - lenyekkaN
bahan salut
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
3 biji telur ayam
breadcrumb secukupnya
caranya
rebus kentang hingga empuk
kemudian tapis airnya dan lenyekkan kentang tadi
satukan garam, leek, cili merah, bawang besar, lobak merah n sardin
gaul hingga semua sebati
ambil kentang tadi dan bulatkan kecil2. kepalkan hingga padat supaya semasa goreng tak pecah. buat atasnya tajam sedikit
salutkan dgn tepung, telur dan breadcrumb
panaskan minyak dan goreng hingga keperangan
kroket kentang sardin
jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih
Post a Comment