Qasey Honey. Powered by Blogger.

CORNFLAKES COKLAT / CORNFALKES CHOCOLATE SEDAP DAN CRUNCHY


Salam my kesayangan...

sejenis kudapan di hujung minggu...kebetulan hujung minggu ni dapat lagi 3 hari cuti...pada yang tidak ke mana2 mereput je kat rumah tu...apa kata buat aktiviti masak memasak...yang ada anak kecil tu boleh juga lakukan aktiviti membaking ni bersama...budak2 bila kita bagi kat dia orang buat kerja2 sebegini mesti laju je nak menolong...sama laju juga menyepah...heee...tapi takpe aktiviti membaking ni boleh diberi pendedahan kepada mereka...boleh cuba dengan resepi yang senang2 dahulu...contohnya seperti cookies yang QH kongsikan hari ni...

resepi ni amatlah senang dan tidak perlu bermain dengan oven...jadi aktiviti membaking ni selamat la pada budak2...dia orang mesti suka nak menolong susun2 papercup tu...masukkan cornflakes tu ke dalam papercup...


Resepi ni pernah dikongsikan di sini suatu masa dulu...resepi terdahulu tu macam2 juga yang dimasukkan...kali ni buat yang simple je...hanya memerlukan 4 bahan sahaja...sangat jimatkan...sedap pulak tu...haiii sangat la berbaloi jika dibuat...

yang bestnya resepi kali ni QH sediakan video langkah demi langkah...di situ ade ditunjukkan kaedah double boiler yang biasa QH gunakan...kadang ada yang konpius bagaimana kaedah yang betul double boiler tu...ada cara yang lain juga untuk mencairkan coklat ni...kaedah satu lagi tu adalah menggunakan microwave...biasa digunakan untuk kuantiti coklat yang sedikit dan untuk yang benar2 mahir je boleh ikut cara ni...kalau salah langkah coklat boleh hangus...kena cuba sedikit demi sedikit...buat la preheat dalam 15 saat dulu...tak cair lagi tambahkan lagi masanya...untuk baru2 belajar kaedah double boiler adalah paling selamat dan senang...

untuk menonton video cara membuat cornflakes coklat ni...boleh klikkan pautan link https://www.youtube.com/watch?v=34c4SgdPj-Y&t=24s yang tertera...sebelum itu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH yea...terima kasih semua...


CORNFLAKES COKLAT / CORNFLAKES CHOCOLATE
rujukan Chocolate Rocher
https://www.youtube.com/watch?v=34c4SgdPj-Y&t=24s

bahan2
1/2 kg coklat milk/dark
150 gm almond slices - bakarkan dahulu
250 gm cornflakes
manik hiasan
papercup secukupnya


Caranya
1. Bakar sebentar almond slices selama 20 min dengan suhu 120C. Ketepikan.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Apabila coklat telah cair matikan api dan alihkan dari dapur.
3. Masukkan cornflakes dan almond slices. Kacau sehingga bahan semuanya rata disaluti dengan coklat.
4. Sediakan papercup secukupnya. Letakkan adunan tadi ke dalam papercup dan hiaskan dengan topping pilihan. Biarkan ianya sehingga mengeras. Apabila coklat telah keras dan tidak melekit, susun ke dalam bekas kedap udara. Siap.



cornflakes chocolate / cornflakes coklat
jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih

No comments