Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM MASAK MERAH YANG MUDAH DAN GERENTI SEDAP


Salam my kesayangan...

Salam Maal Hijrah 1441H buat semua yang beragama Islam...

Bersua kembali...masih ingat lagi dengan resepi nasi hujan panas yang QH kongsikan sebelum ni...nasi tu QH makan dengan ayam masak merah ni la beserta acar timun yang simple...setelah dikahwinkan amat serasi rasanya itu...ngamm saje...bertambah la makan...manakan tidak nasi hujan panas tu dah sedap ditambah pula dengan ayam masak merah ni aihhhh...habis kelaut diet pada hari tersebut...

Diet terlampau ni kadang merugikan...heee selagi ada selera nak makan ni makan sahaja la...esok2 kalau dah sakit dan ditarik nikmat makan tu...haaa masa tu baru tau bertapa ruginya di tahan2 selera tu...heeee


Resepi ni hasil gabungan dengan pelbagai resepi yang QH jumpa...maka hasilnya yang inilah...di dalam gambar ni ayam ni kelihatan keringkan...sebenarnya tidak...minyaknya dan sambalnya ada berlinang kat bawah tu...silap QH menggunakan mangkuk ni untuk snap gambar...semasa tengah snap memang tak perasankan hal tu...apabila gambar dah di upload ke komputer baru la nampak segala kekurangan di dalam gambar2 tersebut...nak snap balik memang tak la...segalanya telah dikemas kemudian nak selongkar lagi itu memang mustahil QH nak buat...heeee

hasil resepi ayam masak merah ni pada selera QH sangat sedap...cukup semua rasanya...jika dilihat bahan agak banyak dan renyah untuk disediakan tetapi hasilnya sangat berbaloi...apabila bahan semua sudah sedia...semasa nak masak ni...alahai sekejap je...sambil2 goreng ayam tu boleh siapkan bahan2 yang lain...kena pandai2 la ehhhh bahagikan masa semasa di dapur...jangan la duk mengadap ayam tu sampai siap di goreng...kalau la bahan2 yang lain sudah siap sedia lain la cerita...

seperti biasa...ayat ulangan sekarang ni...heeee

QH turut menyediakan video masak langkah demi langkah cara masak ayam masak merah ini...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=Xgv5DjKvIMc yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa sebelum tu minta tolong untuk subscribe youtube channel tu reramai...lagi ramai meriah la nanti...terima kasih


AYAM MASAK MERAH SEDAP
https://www.youtube.com/watch?v=Xgv5DjKvIMc

bahan2

1/2 ekor ayam
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
minyak untuk menggoreng

caranya
lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. 
panaskan minyak dan goreng ayam hingga 1/2 masak @ sedikit garing. ketepikan sebentar untuk menyediakan sambalnya pula.

bahan kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
2 biji buah keras
air secukupnya


bahan lain
1 batang serai diketuk
1 batang kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
1 cawan cili kisar
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula melaka
1/2 sudu kecil pes asam jawa
garam, ajinomoto, gula dan serbuk cukup rasa secukupnya
Air secukupnya
1 biji bawang besar - potong bulat


caranya
tinggalkan sedikit minyak ayam tadi, sekadar cukup untuk menumis sambal ayam.
masukkan serai dan rempah ratus 4 sekawan di atas. tumis hingga naik bau.
kemudian masukkan pula bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan terbit minyak.
masukkan pula cili kisar, tomato puree dan sos cili dan tumis lagi hingga naik tebit minyak. biarkan sambal sedikit garing.
masukkan gula melaka, pes asam jawa, garam, ajinomoto, gula dan serbuk cukup rasa secukupnya. kacau rata.
tambahkan air secukupnya jika kuah agak kering.
Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan bawang besar yang di potong bulat.
Perasakan rasanya, jika sempurna matikan api. siap untuk dihidang bersama nasi pilihan.


ACAR TIMUN

bahan2 
1 batang lobak merah - sagat halus
1 batang timun jepun - sagat halus
2 batang cili merah - hiris halus
1 biji bawang besar - hiris halus
gula secukup rasa
garam secukup rasa

caranya
satukan semua bahan di atas dan gaul rata


ayam masak merah sedap
jangan lupa subscribe youtube channel Qasey Honey...terima kasih

No comments