RESEPI VIRAL!! JOM BUAT BOBA MILK/TAPIOCA PEARLS SENDIR...LEBIH JIMAT DAN MURAH
Salam my kesayangan...
viral! viral! hebatnya kuasa sesuatu viral tu kan dan berkali2 jugak la QH terjebak...heeee
kali ni tidak semena2 boba milk telah menjadi viral dan ramai yang telah berpusu2 untuk mencuba kesedapan minuman boba milk tea tu...ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya...tak kurang juga ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah...sebab kosnya lebih murah dan jimat banyak jika mempunyai ahli keluarga yang ramai...lepas tu boleh la buat boba milk ni ikut jenis air yang kita suka...tak nak letak susu pon sedap juga la...
kali ni tidak semena2 boba milk telah menjadi viral dan ramai yang telah berpusu2 untuk mencuba kesedapan minuman boba milk tea tu...ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya...tak kurang juga ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah...sebab kosnya lebih murah dan jimat banyak jika mempunyai ahli keluarga yang ramai...lepas tu boleh la buat boba milk ni ikut jenis air yang kita suka...tak nak letak susu pon sedap juga la...
Resepi tapioca pearls ni ada pelbagai juga...ada yang mencampurkan dengan tepung ubi dan tepung pulut...yang QH buat ni menggunakan tepung ubi...jika tidak suka menggunakan pewarna makanan...boleh gantikan dengan serbuk koko...itu lebih selamat...apabila buat sendiri ni agak leceh la juga tetapi hasilnya sangat berpuashati...untuk resepi ni boleh menghasilkan 3-4 gelas boba milk...lagi satu tapioca pearls ni tidak terlalu manis...sedang elok la...nanti rasa manis tu ikut la ehhh dengan kesesuaian selera...
seperti biasa QH pasti akan menyediakan video langkah demi langkah supaya mudah untuk semua lebih faham untuk mencubanya...klik link https://www.youtube.com/watch?v=Pd8vZ8yzUIE&t=142s yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau kerana di sana banyak lagi video2 yang menarik menanti...
bahan A
1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 cawan gula perang
1 1/2 cawan tepung ubi atau secukupnya
pewarna hitam
1/2 cawan gula perang
1 1/2 cawan tepung ubi atau secukupnya
pewarna hitam
bahan B
1/2 cawan gula perang/gula melaka
daun pandan
air secukupnya
air secukupnya
bahan C
air sejuk secukupnya setelah pearl masak
bahan D
1 keping/1 ketul gula melaka
1 cawan air
caranya
satukan air dan gula perang di dalam pan/kuali. kacau sehingga gula larut spenuhnya.
kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit.
tukarkan ke dalam bekas lain dan letakkan pewarna hitam
uli dengan menggunakan tangan sehingga warna sekata dan doh menjadi licin serta tidak melekat di tangan.
canai doh setebal 1/2 inci dan bulatkan kecil2. taburkan sedikit tepung ubi supaya ianya tidak melekat antara satu sama lain.
kemudian tapiskan doh pearls tadi untuk membuang lebihan tepung. ketepikan.
seterusnya, didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
masukkan daun pandan dan gula perang. kacau sebentar
apabila air telah betul2 mendidih, masukkan boba pearls tadi
rebus sehingga masak lebih kurang 20 minit atau boba tadi kelihatan berkilat dan agak jernih rupanya.
angkat dan toskan. kemudian terus masukkan ke dalam air sejuk.
biarkan sekejap dan tapis airnya. ketepikan.
dengan menggunakan pan, masukkan gula melaka dan air.
kacau hingga gula larut sepenuhnya.
masukkan boba pearl yang telah di rebus tadi.
kacau sehingga pekat dan tidak terlalu kering. matikan api dan biarkan sejuk.
cara membuat air boba milk
bahan2
boba pearls yang telah di masak tadi
ais batu secukupnya
air teh / teh O/ nescafe 3in1
fresh milk / full cream milk
masukkan boba pearls, ais batu, air pilihan dan akhir sekali fresh milk. siap untuk dinikmati.
boba milk pearls / tapioca pearls / bebola tepung ubi
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih
Post a Comment