Qasey Honey. Powered by Blogger.

PELANCARAN SIRI PERALATAN PINTAR TOUSH JENAMA PENSONIC / "TOUSH INSPIRED BY PENSONIC" PRESS LAUNCH


Salam my kesayangan...

Pada 8 Ogos 2019 yang lepas QH telah dijemput ke pelancaran Siri Peralatan Pintar Toush Jenama Pensonic "Toush inspired by Pensonic" yang berlansung di W Hotel Kuala Lumpur...

Alhamdulillah rasa bangga juga dapat tengok dulu produk terbaru dari Pensonic Malaysia ni dahulu...memang rasa sangat2 geram dan mengujakan...semua kerja akan menjadi senang dengan kelahiran produk baru ni tak lama lagi dipasaran...


KUALA LUMPUR, MALAYSIA - YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, telah melancarkan Peralatan Pintar Siri Toush di Hotel W Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran telah dihadiri oleh Dato’ Seri Chew Weng Khak (Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Pensonic Holdings Berhad), Lembaga Pengarah Pensonic Holdings Berhad, Pengurusan Kanan Tuya Global, Dato’ Andy Kwan (Presiden Persatuan Penyaman Udara dan Penyejukkan), En. Mohd Azanuddin Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS Antarabangsa) dan En.Gan Cheng Swee (Presiden Persatuan Persekutuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia atau FOMEDA), Media, rakan kongsi, peniaga dan tetamu-tetamu.
  

Majlis pelancaran yang dihadiri oleh ramai tetamu telah didahului dengan menandatangani ‘Strategic Cooperation Agreement’ antara Pensonic Holdings Berhad, yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew dan Cik.Eva Na, Ketua Pegawai Pemasaran Tuya Global Inc..


Jenama Toush ialah siri peralatan baru IoT pintar Pensonic yang digunakan dengan WiFi dan boleh dikawal secara jauh menggunakan aplikasi tunggal Toush.


Jadi, apakah itu Toush? Toush membolehkan anda menikmati, merasai, menyedari, menerokai kehidupan dengan cara yang indah. Peralatan IoT Pintar Toush ialah peralatan intuitif yang dapat menyedari dan bertindakbalas terhadap keperluan pengguna, dan peralatan pintar ini dapat dikawal dari jauh menggunakan peranti skrin sentuh. Peralatan pintar Toush menghubungkan, mengautomatikkan, mengkuantitikan, mengoptimumkan tenaga dan sumber, memberi pengguna lebih banyak penjimatan sambil memudahkan kehidupan pengguna.

Melalui pengesan-pengesan pintar Toush yang berbeza seperti pengesan suhu, kualiti udara, lokasi, getaran, kelembapan dan pengesan yang lain, peralatan pintar Toush boleh berinteraksi dengan persekitarannya, menyampaikan data yang bermanfaat dan memberikan cadangan praktikal untuk memastikan suasana yang selesa untuk pengguna.


Pensonic, sebagai sebuah syarikat tempatan, menyokong sepenuhnya inisiatif-inisiatif 5G Kerajaan bagi membangunkan bandar pintar dan peralatan pintar. Berdasarkan satu laporan diterbitkan oleh MarketsandMarkets, pasaran rumah pintar global dijangka naik dari US$76.6 bilion dalam tahun 2018 ke US$151.4 bilion menjelang 2024, pada CAGR (Kadar Tumbesaran Kompaun Tahunan) 12.02%.

Bagi pasaran rumah pintar di Malaysia, ia dijangka meningkat pada kadar tahunan 25.5% sehingga tahun 2023. Berdasarkan maklumat Statista, pendapatan pasaran rumah pintar Malaysia dijangka melangkau US$105 juta (RM436 juta) dalam tahun 2019 dan boleh mencapai jumlah pasaran US$260 juta menjelang 2023.


Dalam tahun 2018, terdapat 28.7 juta pengguna internet dari penduduk 32 juta. Daripada nombor ini, pengguna dalam lingkungan umur 20an menggunakan telefon pintar lebih daripada 8 jam sehari. Rakyat Malaysia mempunyai purata 2.4 buah alat perhubungan setiap seorang, dengan telefon pintar menjadi peranti yang paling banyak digunakan.

Rakyat Malaysia meluangkan purata 3 jam dan 43 minit menggunakan internet mudah-alih, yang bermaksud telefon pintar merupakan alat yang paling baik untuk membantu pengguna menguruskan peralatan mereka. Berbanding dengan peranti yang lain, penggunaan telefon pintar sahaja dalam tahun 2018 telah mencapai 93.1%.

Mengikut artikel dalam StarBiz bertarikh 13 Mei 2019, peningkatan pasaran tempatan untuk peralatan pintar di Malaysia akan dipengaruhi oleh penggunaan telefon pintar dan peranti pintar, gaya hidup lebih sihat, peningkatan dalam menyelesaikan penjimatan tenaga dan kos rendah, dan peningkatan dalam lebih banyak pemain pasaran yang mempelbagaikan peralatan rumah pintar untuk memenuhi kehendak pengguna.


Dengan kemasukan peralatan pintar yang dihubungkan menggunakan WiFi, persaingan pasaran peralatan rumah semakin bertambah, telah dipelbagaikan dan lebih berorientasikan pengguna. Terdapat banyak pemain dalam pasaran yang mempromosi peralatan pintar rumah, tetapi kebanyakannya mempunyai satu applikasi untuk menguruskan satu peralatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew menerangkan, "Pensonic ialah jenama tempatan yang pertama menjual peralatan elektrikal pintar IoT dan jenama peralatan elektrikal tempatan dengan aplikasi yang dapat menguruskan pelbagai produk Toush dengan hanya satu aplikasi. Anda boleh mengautomasikan peralatan Toush yang berlainan supaya beroperasi atau tutup pada masa yang tertentu, boleh menjadualkan pembersihan pada masa yang berbeza sehingga 7 hari, membantu memantau penggunaan tenaga untuk anda menikmati lebih banyak penjimatan, menerima notifikasi penyelenggaraan peralatan dan informasi terkini untuk mengekalkan peralatan anda dalam keadaan baik, mempunyai akses segera kepada manual pengguna, dan anda juga boleh mengajak seorang anggota keluarga untuk menguruskan peralatan Toush bersama anda".


"Sekarang kami mempunyai Vakum Pembersih Robotik Pintar, Pemanas Air Pintar, Penapis Udara Pintar, Penyaman Udara Pintar, dan Kit Pintar. Kit Pintar Toush terdiri daripada Pengesan Pergerakkan Pintar, Pengesan Suhu dan Kelembapan, dan Pengesan Pintu dan Tingkap dengan Sistem Kawalan Gateway.

Lebih banyak lagi peralatan akan ditambah dalam siri peralatan Pintar Toush untuk menjadikan rumah pengguna sebuah rumah pintar seperti kipas angin, mesin basuh, peti sejuk, penghidup dan pemutus elektrik, palam dinding dengan USB, palam atas, penapis air dan dapur”, beliau menambah.


En.Vincent menyambung, “Selain dari ciri-ciri penjimatan tenaga dan mesra pengguna seperti yang telah saya sebutkan tadi, Pensonic prihatin terhadap keselamatan pengguna, oleh itu semua peralatan Toush adalah diperakui dan diluluskan oleh SIRIM, Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)”. 

Pengguna bimbang mengenai privasi dan keselamatan data apabila menggunakan peralatan pintar. Dilengkapi dengan wawasan untuk menyediakan peralatan pintar rumah yang memudahkan kehidupan pengguna, Pensonic telah berganding bahu dengan Tuya Global Inc. (Tuya).

Tuya ialah penyedia platform IoT global dengan penyelesaian sehenti untuk peralatan pintar, termasuk akses peralatan, servis ‘cloud’, dan keupayaan pembangunan aplikasi. Pada masa ini, Tuya mempunyai 100,000 pelanggan antarabangsa dengan 100 juta alat perhubungan untuk menyediakan satu platform yang selamat untuk para pelanggan.


Tuya mempunyai banyak ciri-ciri keselamatan untuk melindungi privasi dan integriti data pengguna. Antara ciri-ciri keselamatan ialah pusat-pusat data global yang bebas, penghantaran data yang selamat dengan TLS, penghantaran AES128 tambahan yang telah dikodkan, dan bagi penyimpanan data, Tuya akan kodkan data yang sensitif dengan kod lazim industri, termasuk kod AES256 dan SHA256 (Algoritma ‘Hash’ Selamat) untuk penyahpekaan data dan simpanan.

Tuya bekerja dengan organisasi keselamatan global seperti NCC Group, institusi-institusi pihak ketiga untuk perlindungan data persendirian dan sokongan keselamatan, dengan TrustArc untuk GDPR, CCPA dan undang-undang privasi antarabangsa dan tempatan. Tuya juga mempunyai ISO27001, 27017 dan 27018 dari SGS.

Oleh kerana anda sudah mengetahui anda boleh menggunakan Peralatan Pintar Toush dengan hati yang tenang, anda hanya perlu mendaftar waranti peralatan Toush anda secara talian (online) menggunakan aplikasi Pensonic dan kami akan menghantar Toush Kit bagi anda percuma (untuk setiap alamat pendaftaran). Anda boleh muat turun aplikasi Pensonic menggunakan QR Code di pembungkusan atau manual pengguna.


Sebaik sahaja waranti peralatan telah didaftarkan, pengguna boleh muat turun aplikasi Toush, hubungkan peralatan Toush menggunakan aplikasi Toush, dan menguruskan peralatan Toush anda dari jauh jika terdapat sambungan WiFi. Sila kunjungi Toush Facebook atau menelefon nombor Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk maklumat lanjut. Dapatkan peralatan Toush dan uruskan semua peralatan Toush anda dengan hanya satu aplikasi, dan nikmati lebih banyak penjimatan!
  

Mengenai Pensonic
Kumpulan Syarikat Pensonic diasaskan pada 1965 sebagai Keat Radio Co. Sdn. Bhd. Jenama Pensonic telah ditubuhkan pada tahun 1982 setelah peniagaan syarikat bertambah maju. Kini, Pensonic merupakan pengedar Produk Elektrikal Rumah yang terkemuka di Malaysia. 

Dengan Pensonic sebagai jenama terasnya, Kumpulan Pensonic juga mengedarkan produk rumah jenama-jenama terkemuka seperti Morphy Richards dan Belling dari United Kingdom, Lebensstil Kollektion, Cornell dari USA, Indesit dan Gaggia dari Italy, dan Princess dari Holland.


Pensonic mempunyai ISO 9001-2015, dan disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk Pensonic dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN dan Timur Tengah.

Anda dijemput melayari laman Toush (https://www.facebook.com/Toushinspiredbypensonic/), Facebook Pensonic Malaysia, laman sesawang Pensonic: https://www.pensonic.com/ atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770  untuk maklumat lanjut.
  


1 comment

Wani Sukarno said...

amboi kemain posing abam model..:D.. wah hebat semuanya di hujung jari dah sekarang ni.. terbaik la pensonic