Qasey Honey. Powered by Blogger.

RENDANG UDANG MUDAH DAN SEDAP..MESTI CUBA!!



Salam my kesayangan...

jumpa lagi...
rendang udang?? biasa masak rendang daging dan ayam kan...apa kata kali ni cuba masak rendang udang pula...kalau nak tahu ini bukan kali pertama QH merendangkan udang...sebelum ni dah pernah masak juga tapi QH tak pasti dalam blog ni dah ade ke belum...tak sempat nak tengok satu2...heee...yang QH ingat pernah kongsikan resepi rendang udang ni di dalam buku siri Blogger Masakan Qasey Honey (Nasi dan Mi)...resepinya juga mungkin berbeza atau lebih kurang sama...

kalau nak buat rendang udang ni...nak sedap gunakan udang bersaiz besar...apabila sudah sebati dan sekata kuah dan udang tu...masyaAllah nikmatnya...lepas satu persatu udang tu akan di ngappp...ngan nasi sekali la bertambah...heeee



sebenarnya resepi kali ni QH masak untuk join kontes Ajinomoto Malaysia...resepinya juga dari sana...memang siapa yang join kontes kali ni kena ikut resepi dari Ajinomoto...QH suka kontes ni sebab senang kita tiru je resepi tu sebiji2...tak payah la nak pening2kan kepala reka2 resepi yang lain...ada macam2 lagi resepi yang ajinomoto sediakan...QH pilih rendang udang je...tu je yang sempat QH masak...nak mencuba yang lain entah la masa nak join kontes ni tetiba sibuk lain macam dengan lain2 hal...

walau bagaimanapon Alhamdulillah apabila QH terpilih antara 10 orang yang dapat saguhati...ok la dari takde apa2kan...sekarang tengah menunggu hadiah saguhati tu sampai je la...heee apakah dia nanti bila dah dapat QH tepekkan gambarnya di sini nanti...terima kasih pihak Ajinomoto kerana memilih gambar masakan QH...

untuk resepi ni QH turut menyediakan video masak langkah demi langkah...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=Mu10Z3YHPGU yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...di sana banyak lagi video2 yang menarik untuk ditonton dan cuba...terima kasih



Bahan-bahan:
1 cawan Santan
2 helai Daun limau purut
2 helaiDaun kunyit, diikat
1 sudu kecil @myajinomoto 
4 sudu kecil Garam
25 g Gula Melaka, diparut
4 sudu besar Kerisik
30 ekor Udang putih
1/2 cawan Minyak masak
 
Bahan kisar
8 biji Bawang merah
8 ulas Bawang putih
10 tangkai Cili kering, direbus
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
2 batang Serai
4 inci Kunyit hidup


Cara Menyediakan
1. Panaskan kuali, tumis bahan kisar (A) sehingga naik bau.
2. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit.
3. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula melaka.
4. Masukkan kerisik, masak sehingga sedikit kering.
5. Masukkan udang, kacau sehingga udang masak dan kuah sedikit kering.
6. Sedia untuk dihidang.



rendang udang
https://www.youtube.com/watch?v=Mu10Z3YHPGU
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

1 comment

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya 😋 QH tengok rendang udang Tu, boleh Cuba utk Raya Haji nanti..