BINGKA UBI KAYU LEMBUT, SEDAP DAN MUDAH TANPA TEPUNG (SUKATAN CAWAN)
Salam my kesayangan...
buat untuk minum petang beberapa minggu yang lepas...kebetulan sahaja buat kuih bingka ni...pada hari yang sama QH ada tempahan buat boko ubi...tengok ubi ada lebih tu yang terus datang idea untuk buat bingka ubi ni...maka gigih la google cari resepi yang senang2 dan yang penting sedap...
jumpa la resepi yang mudah untuk QH ikut...bahan pon senang...maklum la ni kali pertama QH buat kuih bingka ubi ni...risau la jugak takut tak menjadi cubaan pertama tu...
jumpa la resepi yang mudah untuk QH ikut...bahan pon senang...maklum la ni kali pertama QH buat kuih bingka ubi ni...risau la jugak takut tak menjadi cubaan pertama tu...
apa2 pon QH cuba juga buat seperti mana resepi dari blog Masam Manis...Alhamdulillah menjadi dan inilah hasil kejadian kuih bingka ubi kayu pertama kali QH...haaa panjang terus namanya...heeee...sedap tetapi agak comot sikit sebab masa ni masih suam2 lagi kuih ni...tak dapat nak tunggu betul2 sejuk dah potong dulu...lagi2 bila tengok atasnya yang garing tu...ingat nak garingkan lagi atas tu tapi takut gak terentung terus pulak nanti...heee...
seperti biasa la...resepi ni QH turut sediakan video langkah demi langkah di youtube...klik link https://www.youtube.com/watch?v=gMOye82MOaA yang tertera untuk teruskan menonton...sebelum tu jangan lupa untuk subscribe youtube channel QH tu tau...terima kasih...jom cuba
BINGKA UBI SEDAP TANPA TEPUNG
sumber Masam Manis
bahan2
3 cawan ubi kayu - parut
1 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
11/2 cawan santan pekat
pewarna kuning
3 cawan ubi kayu - parut
1 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
11/2 cawan santan pekat
pewarna kuning
caranya
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan. * kalau guna loyang 8x8 pun ok) QH guna loyang 8x5.
- Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Tips Kak An: Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...
Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan

bingka ubi kayu
https://www.youtube.com/watch?v=gMOye82MOaA
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih
https://www.youtube.com/watch?v=gMOye82MOaA
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih
Post a Comment