Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI JOHN AYAM SPECIAL DAN SEDAP...MUDAH JE JOM BUAT SENDIRI



Salam my kesayangan...

Lama pula tak menyinggah ke sini...QH sibuk sikit menyiapkan tempahan biskut raya...Alhamdulillah ramai yang sudi menempah kukis raya dengan QH...terima kasih pada semua yang sudi menempah kukis dengan QH dan berharap akan berpuashati dengan hasil airtangan dari QH...

ok sekarang tiba masa mengupdate resepi yang tertangguh...roti john ni tak kira masa tetap menjadi pilihan orang ramai...lagi2 di bulan Ramadan ni...dah kerap makan pon tetap nak cari juga untuk berbuka puasa nanti kan...sebab tu kita akan nampak ramai peniaga yang menjual roti john ni...pilihan sekarang siap boleh letak cheese lagi...dan lagi roti john ni paling senang untuk dibuat dan menguntungkan...


kali ni QH mencuba buat sendiri...tak sanggup nak beratur panjang kat bazar tu...heee...yang QH buat ni spesel la sikit sebab QH letak kentang dan lobak kat dalam tu...ye la dah buat sendiri mula la nak membeger2...heeee...kentang dan lobak tu kena la potong dadu halus2 la...bukan potong macam nak buat karipap tu tau...mau terkeluar2 nanti dan lambat masak...

roti tu QH beli je yang dah siap...masa terhad tak sempat semuanya nak buat sendiri...sedap roti ni lembut...jenama apa lupa lak...maap la faktor usia memang begini...heee...kerap sangat lupa...inti yang QH buat ni boleh dapat dalam 6 keping roti john...ikut saiz roti yang QH gunakan tu...makan dengan sos cili dan thousand island memang sedap la...

seperti biasa...resepi ini juga QH ada sediakan video masak langkag demi langkah untuk menyediakannya...senang dan lagi mudah nak faham cara penyediaannya...untuk teruskan menonton boleh klik pautan link https://youtu.be/C19R50e3Y3o yang tertera...yang penting jangan lupa subscribe youtube channel QH tau...terima kasih...banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...resepi ada di bawah


ROTI JOHN AYAM SPECIAL
https://youtu.be/C19R50e3Y3o

bahan A
3 sudu besar serbuk kari daging
1/2 serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
- bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes

bahan B
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji kentang - potong dadu
1/2 biji lobak merah - potong dadu
1 cawan isi ayam cincang
1 cawan air
garam secukup rasa

caranya
panaskan kuali dan minyak masak. kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu.
masukkan rempah yang telah dijadikan sebagai pes tadi. kacau hingga terbit minyak
kemudian masukkan lobak dan kentang. masak hingga keduanya separuh empuk.
masukkan isi ayam dan kacau rata.
masukkan pula air secukupnya.
biarkan sehingga ayam, kentang dan lobak masak sambil dikacau sekali sekala. air jangan terlalu kering.
akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa. matikan api dan ketepikan.


bahan C
roti john secukupnya
4 biji telur
1 biji bawang besar - potong dadu
daun sup secukupnya
1-2 biji lada merah
3 biji cili padi
marjerin secukupnya

caranya

ambil roti dan belahkan di bahagian tengahnya. sapukan butter/marjerin secukupnya.
panaskan pan dan masakkan sebentar roti tadi sehingga permukaannya sedikit garing. angkat dan ketepikan.
pecahkan telur dan satukan inti ayam yang telah dimasak awal tadi, bawang besar, daun sup, lada merah dan cili padi. kacau rata.
kemudian panaskan pan dan sapukan permukaan pan dengan marjerin.
tuang bancuhan telur tadi ke permukaan pan dan rata2kan. biarkan sebentar lebih kurang 1 minit.
tekapkan roti di atasnya sambil ditekan2 sikit. biarkan sehingga telur masak, barulah dibalikkan dan biarkan sebentar dan angkat.
paipkan sos cili dan mayonis/thousand island sauce. jika suka boleh tambah timun, tomato atau salad.


sebelum QH terlupa...QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat team MakSiti kerana sudi menghantar sebungkus hamper rempah pada QH...in shaa Allah akan QH gunakan sebaiknya...

sebelum dapat hamper ni QH dah pernah guna rempah maksiti ni...memang sedap...dapat pula free...Alhamdulillah sangat...rezeki QH dapat berkolaborasi dengan Mak Siti pula...

ingat masakan mak...ingat mak siti
#rempahratussegardariladang




roti john ayam
https://youtu.be/C19R50e3Y3o
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments