Qasey Honey. Powered by Blogger.

KETAM BAKAR REMPAH WOKU YANG SEDAP (MESTI CUBA)

 

Salam my kesayangan...

Salam Ramadan juga buat semua...
Dah fikirkan ke menu apa yang nak di masak untuk hari ni...bila bulan puasa begini QH rasa ramai para isteri yang dah mula pening2 memikirkan menu apa yang nak dihidangkan untuk berbuka nantikan...setiap hari akan fikirkan benda yang sama...terkadang sampai naik buntukan...sebabnya bulan puasa ni tekak nilah meminta nak makan bermacam2 juadah dan juga inginkan sesuatu yang istimewa selepas seharian berpuasa...

tengok yang tu nak...tengok yang ni pula nak juga...pilihan yang paling win adalah hasil dari airtangan sendiri la kan...heee...tetiba kerajinan tu menjadi luar biasa...


untuk perkongsian resepi hari ni...QH sangat sarankan yang lain juga mencuba tau...sebabnya sangat2 sedap...aromanya tu pasti membangkit selera...walaupon nampak seperti agak renyah apabila melihat pada bahan2nya...hasilnya nanti tidak terkata kesedapannya...

mengikut resepi asal dari blog kak Ummi...ianya menggunakan ikan siakap tetapi QH ubah menggunakan ketam...aromanya tembus sampai ke isi tau...tak boleh nak cerita lebih2 kang terliur pula semua...heeee...terima kasih kak Ummi kongsi resepi yang sedap ini...kalau nak tahu dah ramai tau mencuba resepi ni dan rata2 mengatakan ianya memang sedap...sangat berbaloi untuk dicuba

resepi ni QH ada sediakan video masak agar semua lebih paham cara nak memasaknya...klikkan pautan link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=xAPJ1kqZ5Qw untuk teruskan menonton...jangan lupa tau untuk subscribe youtube channel QH tu...banyak lagi video2 yang menarik ada di sana...


KETAM BAKAR REMPAH WOKU

Bahan2
3 ekor ketam - bersihkan
4 biji air perahan limau nipis/limau kasturi
1 sudu kecil garam
# Lumur ketam dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - hiris
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hidup - bakar
2 cm halia


Bahan Pelengkap
Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek) 
1 biji timun - dipotong serong 
4 tangkai selasih 
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur 

Cara Memasak
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma. 
Masukkan tomato dan kacau hingga layu. 
Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih. 
Masukkan daun selasih dan ketam. Masak sehingga kuah menyerap. 
Sediakan aluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ketam tadi di atas alluminium foil. 
Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ketam. 
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak. 
Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris. 
Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...


ketam bakar rempah woku
https://www.youtube.com/watch?v=xAPJ1kqZ5Qw
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments