RESEPI BIHUN GORENG PALING SENANG DAN SEDAP
Salam my kesayangan...
Salam Nisfu Syaaban 2019/1440H buat semua umat Islam amnya...selamat menjalani ibadah puasa dan semoga dipermudahkan segala urusan hari ni...
Faedah Amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…Amin
Pada hari tersebut teringin sangat la QH nak makan bihun goreng...maka minggu tu QH masaklah bihun goreng...sebenarnya lama sangat dah tak buat kat rumah...biasa je apabila sarapan waktu kerja makan bihun tetapi tidak la sama seperti masak di rumah...heeee...
Ye la sesekali apabila rasa rindu dengan masakan mak kita buat lebih kurang macam biasa mak kita masak tu...QH suka bihun goreng yang macam ni...mak QH pon biasa buat jenis ni bila anak2 berkumpul...simple jerk...tetapi kesedapannya tidak terkata...yang ni pon QH rasa macam sedap sangat2 lak...ke sebab dah lama tak masak tak tahu la tu...heeee...di dalam bihun ni pon QH tak letak banyak sangat permata...letak setakat udang, tauhu goreng dan sayur sawi dah cukup...dah cukup sedap...lepas tu tambah la telur dadar, ayam goreng dan timun...jangan lupa tabur bawang goreng...perghhh terangkat...
Seperti biasa QH ada menyediakan video langkah demi langkah untuk menyediakan bihun goreng ni...diharap ianya dapat membantu adik atau sesiapa yang baru belajar memasak...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=Nq0i70pyKrc&t=29s yang tertera untuk teruskan menonton...jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...in shaa Allah akan banyak lagi video2 menarik yang ada di sana...resepi ada di bawah...
BIHUN GORENG
bahan kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
2 sudu besar ikan bilis - rendam hingga lembut
sedikit air
bahan lain
1 bungkus bihun - rendam dengan air biasa hingga lembut
2-3 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
15 ekor udang
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya
sayur sawi
tauhu basah yang telah digoreng - potong kecil
caranya
rendam bihun dengan air biasa dan biarkan hingga lembut. ketepikan
sementara menunggu bihun lembut, sediakan bahan2 yang lain.
panaskan kuali dan minyak masak
tumis bahan kisar hingga naik bau.
masukkan cili giling dan tumis hingga terbit minyak.
masukkan pula sos cili dan sos tomato. kacau rata.
masukkan udang dan kacau rata.
kemudian tambah garam dan gula secukup rasa.
masukkan bihun, tambahkan sedikit air dan gaul rata.
akhir sekali masukkan sayur sawi dan tauhu yang telah digoreng. gaul rata.
perasakan rasanya jika sudah sempurna, matikan api.
bihun goreng sedap
https://www.youtube.com/watch?v=Nq0i70pyKrc&t=29s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih
Post a Comment