Qasey Honey. Powered by Blogger.

RASPBERRY CHOCOLATE CHUNKY PEANUT BUTTER / BISKUT COKLAT CHIP MENTEGA KACANG SEDAP

 

Salam my kesayangan...

haaa nak dekat raya dah kan tapi ni QH dah raya dulu ni...jemput datang rumah yea...heeee

tak lama lagi nak raya ni mesti ramai yang dah tercari2 resepi biskut raya yang bakal dibuat nanti...sebelum tu nak tanya...puasa ganti tu dah habis ke belum..ngeeee

macam QH tak suka tau setiap tahun nak buat biskut yang sama jek...lebih suka setiap tahun biskut raya tu berlainan...kecuali atas permintaan atau biskut tu sangat2 sedap memang tahun depan ada lagi di atas meja tu...baru la kita boleh merasa pelbagai jenis biskut kan...orang datang ke rumah pon mesti teruja tahun ni biskut apa la yang ada di rumah kita tahun ni...buat comel2 lagi QH suka...heee...ada selera nak makan banyak2...adoiii


Apabila kita buat biskut ni yang paling penting adunan tu jangan la pukul macam nak buat kek pulak...buat biskut tak perlu pukul bahan2 tu sampai kembang dan beriya pula...kita tak nak biskut kita tu nanti kembang2...dah la tak cantik tak comel pulak tu...

sebab tu orang dulu2 buat biskut pukul guna tangan jek...tu biskutnya jadi cantik dan elok jek rupanya...macam tu terap macam tu juga hasilnya...ye la kan dah zaman sekarang ni...mana ada orang nak pukul bahan guna tangankan...QH pon sama juga...macam tak larat je nak pegang senduk tu...heee...dah ada mixer baik guna mixer kan...tapi ada cara dan tekniknya...macam QH pukul bahan2 tu guna speed perlahan je dan satu2 bahan pukul dalam masa 1-2 minit...agak2 nampak bahan dah rata dan bercampur tu ok dah...

lagi satu resepi ni QH menggunakan peanut butter dari @nutasty.my sedap dan menggunakan campuran bahan yang premium je tau...nak sama macam kukis yang QH buat tu...boleh la ke ig @nutasty.my tu ekkk...

nak mudah paham QH ada sediakan video langkah demi langkah cara buat kukis ni...klikkan sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=MDdnUvsM6l8&t=63s yang tertera tapi jangan lupa untuk subscribe tau channel youtube QH tu...bagi semangat sikit supaya rajin update kat sana...heeee...resepi macam biasa ada di bawah...


COKLAT CHIP MENTEGA KACANG RASPBERRY

bahan2
200 gm butter
80 gm chunky peanut butter 
75 gm gula caster
90 gm gula perang
3 biji kuning telur
1/2 sk esen vanilla
120 gm choc chips
100 gm dry raspberry - boleh gantikan dengan yang lain
350 gm tepung gandum
1/2 baking powder
1 sk garam


caranya
Panaskan oven. lanser dulang dengan butter atau alaskan baking paper.
Pukul butter hingga lembut dalam 1-2 minit (jangan over mix) lepas tu masukkan gula kastor dan gula perang hingga sebati
Masukkan kuning telur satu persatu, pukul hingga adunan sebati. Tambahkan esen vanilla. Pukul hingga rata.
Masukkan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak terlebih dahulu dan kacau rata (mix 1 minit shj atau sampai rata cukup)
Masukkan raspberry dan choc chips. Gaul rata. (kurang 1minit)
Sudukan atas dulang pembakar menggunakan scoop ais krim paling kecil. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak
Sejukkan atas redai kemudian simpan dalam bekas kedap udara




Raspberry Chocolate Chunky Peanut Butter
https://www.youtube.com/watch?v=MDdnUvsM6l8&t=63s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments