Qasey Honey. Powered by Blogger.

IKAN KEMBONG MASAK KICAP PEDAS NONA YANG SEDAP


Salam my kesayangan...

hai semua...lamakan dah tak jumpa...QH agak sibuk sikit sampai tak sempat2 nak singgah ke sini...banyak sangat yang nak dibuat dan kejar...Alhamdulillah rezeki dari Allah...

Baik la pada hari tersebut tekak QH ni teringin sangat nak makan ikan kembong masak kicap...sebelum ke mall lagi QH memang dah set siap2 menu minggu tu mesti nak masak kicap...secara kebetulan pula sambil jalan2 tengok barang tengok henpon...ternampak 1 posting di IG ke FB tak ingat dah heeee...mengenai kontes masak2 dari Sri Nona...caranya senang cuma perlu beli sebotol kicap manis pedas sahaja...resit tu macam biase la kena sertakan sekali sebagai bukti pembelian...kicapkan so elok sangat la tu kena dengan menu QH minggu tersebut...apa lagi masak2 terus join kontes...


Alhamdulillah...rezeki berpihak pada QH terpilih la menjadi salah seorang pemenang...kontes ni di FB...sebenarnya agak lambat juga QH hantar penyertaan tu...tapi kalau dah rezekikan takkan ke mana ye tak..heee...terima kasih buat team Sri Nona kerana memilih QH sebagai salah seorang pemenang pada kontes tersebut...

Ok la dengan menggunakan kicap manis pedas ni rasanya ia membantu membuka selera QH yang sukakan pada masakan yang pedas2...ada rasa manisnya juga...pendek kata memang sedap la...terus rasa sempurna lauk ikan kicap yang QH masak tu...

senang je nak masak lauk ni...lagi sekarang QH menyediakan video masak langkah demi langkah supaya senang lagi nak fahamkan...klik pautan link https://www.youtube.com/watch?v=GKTVy88dG6g&t=131s yang tertera untuk teruskan menonton...tapi sebelum tu jangan la lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...tanpa sokongan anda siapa la QH ni...terima kasih semua...resepi ada di bawah yea...


IKAN KEMBONG MASAK KICAP PEDAS
https://www.youtube.com/watch?v=GKTVy88dG6g&t=131s

bahan2
3 ekor ikan kembong
serbuk kunyit
garam
minyak masak


caranya
bersihkan ikan kembong dan kelar-kelarkan badannya
satukan garam dan serbuk kunyit. lumur dan ratakan keseluruhan ikan
panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing




bahan tumis
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai cili hijau - hiris


bahan lain
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis pedas nona
1/4 sudu kecil cuka
1/2 cawan air

gula dan garam secukup rasa

caranya
ambil lebihan minyak bekas menggoreng ikan tadi lebih kurang dan 4 sudu besar. panaskan
tumis kayu manis dan bunga lawang. biarkan sehingga naik bau. 
kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lada merah dan lada hijau. tumis hingga harum. 
Masukkan sos tiram, kicap manis pedas dan cuka. kacau rata. 
kemudian masukkan air. kacau dan biar mendidih.
Masukkan bawang besar dan ikan yang telah digoreng tadi. kacau dan biarkan sekejap. 
perasakan rasanya dengan garam dan gula secukupnya
jika rasa telah sempurna, matikan api.



ni la dia hadiah yang QH dapat dari Sri Nona tu
ikan kembong masak kicap pedas
https://www.youtube.com/watch?v=GKTVy88dG6g&t=131s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments