Qasey Honey. Powered by Blogger.

KACANG POOL AYAM?? TAK MAKAN DAGING LEMBU BOLEH CUBA..SEDAP TAU!!



Salam my kesayangan...

hi Johorean...
haaa kalau nak tahu ni la makanan kegemaran orang Johor...sebelum tersebarnya ke negeri lain...kacang pool ni hanya terdapat di negeri Johor sahaja...malahan sehingga kini ianya masih menjadi sebutan dan mendapat tempat di hati pengunjung yang datang dari luar negeri Johor...ada yang sanggup datang ke Johor hanya semata nak makan kacang pool yang terdapat di Larkin...rasanya macam tak lengkap andai ke Johor tetapi tidak merasai sendiri kesedapan dan keenakan kacang pool buatan anak jati Johor ni...

Menurut pengasas kacang pool ni...ianya sebenarnya berasal dari makanan dari Timur Tengah iaitu Foul Medammas...tetapi telah diolah olehnya dengan selera orang Malaysia dengan menggunakan daging lembu...


tetapi seperti QH ni tak makan daging lembu...kalau terasa nak makan tu kena la buat sendiri...QH menggantikkannya dengan isi ayam...adalah sipi2 rasanya tu seperti kacang pool yang asal...

resepi ni QH ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan...kalau nak tengok resepi asal menggunakan daging boleh klik link di bawah...nak menyediakan kacang pool ni pula amat la senang...sekejap je dah siap...kacang panggang tu terpulang nak dilecek halus atau kasar2 sikit...lagi satu kuahnya QH tak biarkan sehingga terlalu pekat...agak2 dah nak nampak pekat tu terus matikan api sebabnya kuah ni akan memekat sendiri apabila telah sejuk...kalau terpekat pon takpe boleh tambahkan air sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diingini...

untuk resepi ini QH tak ketinggalan untuk menyediakan video cara penyediaanya...dengan adanya video tersebut lagi la amat mudah untuk faham bagaimana cara memasaknya...klikkan sahaja pada pautan link https://www.youtube.com/watch?v=gZS9U4RvrYw&t=16s yang tertera untuk menonton...jangan lupa subscribe tau supaya tidak ketinggalan untuk mengetahui lagi banyak video2 menarik selepas ini...in shaa Allah QH akan menyediakan yang terbaik buat semua...terima kasih



KACANG POOL AYAM
sumber rujukan Dapur Tanpa Sempadan
https://www.youtube.com/watch?v=gZS9U4RvrYw&t=16s

BAHAN-BAHANNYA
1 tin kacang pool, toskan dan ramas hingga hancur (kimball)
1 tin kecil baked beans (guna cap ayam brand)
200 gram daging lembu kisar (QH gantikan isi ayam)
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
1 1/2 sudu besar rempah kari daging (baba's)
1 sudu besar ketumbar serbuk
1 kiub daging (optional) (QH guna kiub ayam)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar lemak sayuran vanaspati saji

 
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
Roti paun atau roti perancis, potong, sapu sedikit majerin dan panggang sekejap
Telur, digoreng mata kerbau secukupnya
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, dididadu
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua
Minyak sapi cair




CARA MEMBUATNYA
Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan isi ayam kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair). Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....Sedap dimakan suam



kacang pool ayam
https://www.youtube.com/watch?v=gZS9U4RvrYw&t=16s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

2 comments

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nak cubalah QH..
Nmpk sedap sgt😋
Jazakillah share resepi..

norhidana said...

sedapnya... dana pernah buat sekali... mmg puas hati n puas makan
cuma tak blh msk banyak2... yelah yg mkn nya kt umah ni 2 org je...