AYAM MASAK CILI KERING ALA2 CINA MUSLIM SEDAP DAN MUDAH
Salam my kesayangan...
salam hujung minggu...seronokkan bila hari cuti begini lepak2 di rumah...sesambil melepak tu...jom masuk dapur siapkan hidangan tengah hari...
Sesejak ni kerap pulak QH masak lauk ayam...sebab sekarang ni QH beli ayam sekor terus...cara ni lagi mudah dan senang...lepas tu jimat...dalam keadaan sekarang ni kena pandai berjimat...ayam tu nanti QH akan bahagikan kepada 2-3 bekas ikut saiz ayam...senang bila2 nak masak ambil je bekas berkenaan...kalau dulu ye QH beli ayam ikut bahagian mana yang suka jek...sekarang selera dah berubah dah tak kisah part ayam mana2 QH makan je...heeee
Lauk ayam kali ni QH masak ala2 cina muslim...sebelum masak sendiri QH dah beberapa kali makan lauk ni di kedai...antara yang menjadi pilihan QH...
QH masak lauk ni mengikut pada kesesuaian sendiri je...main agak2 sendiri je bahan yang digunakan...alhamdulillah macam kena la pulak...sedap tau...heee...kalau makan panas dengan nasi putih tu akan terasa kerangupan ayam tu tau...kalau dah sejuk pon masih sedap lagi la...makan lauk ni sahaja pon dah cukup...
resepi boleh rujuk di bawah...seperti biasa QH juga sediakan video cara masaknya langkah demi langkah...lagi mudah untuk fahamkan...terutama pada adik2 yang baru nak belajar memasak tu...klik sahaja pautan link https://www.youtube.com/watch?v=By4w7p0VcFM&t=114s yang tertera untuk menonton...yang penting jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...terima kasih
AYAM MASAK CILI KERING
Bahan A
8 ketul ayam - potong kecil (bersihkan)
garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk kunyit
1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
minyak untuk menggoreng
8 ketul ayam - potong kecil (bersihkan)
garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk kunyit
1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
minyak untuk menggoreng
caranya
satukan ayam, garam dan serbuk kunyit. gaul rata
pecahkan telur dan gaul rata.
satukan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung.
ambil ayam dan salutkan dgn campuran tepung tadi hingga rata.
panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
angkat dan ketepikan.
Bahan B
10-12 tangkai cili kering - potong kecil
1-2 tangkai daun kari
6 biji bawang merah - hiris kasar
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji lada besar - hiris
3 biji cili padi - potong kecil
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes asam jawa*
1/2 cawan air* bancuh bersama
1 biji bawang besar - potong bulat
6 tangkai cili kering - potong 2
10-12 tangkai cili kering - potong kecil
1-2 tangkai daun kari
6 biji bawang merah - hiris kasar
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji lada besar - hiris
3 biji cili padi - potong kecil
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes asam jawa*
1/2 cawan air* bancuh bersama
1 biji bawang besar - potong bulat
6 tangkai cili kering - potong 2
Cara-caranya
buang sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi.
tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
masukkan pula sos cili, sos tomato dan sos tiram. kacau rata.
masukkan air pes asam jawa dan biar kuah sedikit pekat. masukkan gula dan garam secukup rasa.
akhir sekali masukkan bawang besar, cili kering dan ayam yang telah goreng tadi. gaul rata dan biarkan sebati.
perasakan rasanya jika sudah sempurna matikan api.
ayam masak cili kering
https://www.youtube.com/watch?v=By4w7p0VcFM&t=114s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih
Post a Comment