Qasey Honey. Powered by Blogger.

SIAKAP KAM HEONG YANG SEDAP, MUDAH DAN PATUT DICUBA



Salam my kesayangan...

Gong xi gong xi...

Sempena tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut tahun baru cina...QH nak kongsikan 1 resepi ala-ala masakan cina...sedap tau dan sesuai dibuat untuk 'makan besar' nanti...QH suka dengan resepi ni...yang lepas QH masak udang kam heong...kali ni QH tukarkan kepada ikan siakap pulak...

Masih teringat2 lagi akan kelazatan dan kesedapan lauk ni...dengan ikan tu di goreng garing...alahaiiii bertambah makan


ikan tu pula QH asingkan isinya dengan tulang/badannya...sesaja nak buat kelainan sikit...lagi sedap dan garing tau apabila di buat begini...caranya gunakan pisau yang tajam dan mula hiris ikan tu dari ekornya sampai ke kepala ikan...buat kedua2 belah begitu dan isinya ikan tu di potong dadu...jangan potong terlalu kecil...jika tidak paham boleh tengok di channel youtube https://www.youtube.com/watch?v=T6eKkz5V8fI&t=60s ada QH tunjukkan saiz isi ikan yang QH potong tu...tulangnya jangan dibuang tau...sedap tu di goreng garing2...

Mixed nut pula QH guna dari jenama Nature's Heart...jadi dah tak payah lagi untuk dibakar/goreng...buka plastik dah boleh terus guna...nak dimakan terus pon boleh...sedap pulak tu dengan rasa masin2 dia tu...nasib baik QH beli lebih...heeee...kalau tak...tak jadi lauk la hari tu...


Sebenarnya resepi ni QH buat untuk masuk contest dari Nature's Heart tau...konsep contest ni masakan untuk CNY nanti...Alhamdulillah ada rezeki QH untuk menang contest ni...sesekali suka QH suka juga join contest masak2 ni...sekadar mencuba kalau menang Alhamdulillah...jika tidak takpe kita suka2 memeriahkan contest tersebut...

Ok la seperti biasa resepi ada QH sediakan seperti di bawah dan QH juga sediakan video step by step cara nak masak resepi siakap kam heong yang sedap ni...klik link ini https://www.youtube.com/watch?v=T6eKkz5V8fI&t=60s
dan jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...terima kasih...



SIAKAP KAM HEONG

BAHAN2
1 ekor ikan siakap - QH asingkan isi ikan dan dipotong dadu (tulang/badannya jangan dibuang. gaulkan juga dengan garam, kunyit dan tepung)
garam secukup rasa
serbuk kunyit
2 sb tepung jagung
2 sb tepung beras
2 sb tepung jagung

CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan ikan bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung, tepung beras dan tepung gandum. 
2. panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. angkat dan ketepikan.


BAHAN KISAR KASAR
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
15 biji cili padi
3 biji lada merah

BAHAN SOS
3 sb serbuk kari
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
3 sb kicap
2 sb sos tiram
segenggam kekacang - mixed nuts @naturesheart_my
1-2 pelepah daun kari
1/2 batang lobak merah 
putik jagung
bunga kobis
gula dan garam secukup rasa
minyak masak


CARA PENYEDIAAN
1. guna minyak yang sama (buang sedikit kalau banyak), tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. masukkan serbuk kari dan daun kari. gaul rata. 
3. masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap. gaul rata. 
4. masukkan lobak merah dan air secukupnya. biarkan sehingga lobak empuk. 
5. masukkan pula putik jagung, garam dan gula secukup rasa. 
6. Akhir sekali masukkan kekacang (tidak perlu dibakar/digoreng) dan bunga kobis. gaul rata dan perasakan rasanya. jika sudah sempurna matikan api. 
7. tuangkan kuah ke atas ikan tadi dan makan bersama dgn nasi putih.



siakap kam heong
https://www.youtube.com/watch?v=T6eKkz5V8fI&t=60s
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey

No comments