Qasey Honey. Powered by Blogger.

RIBBON PASTA GORENG LADA HITAM YANG PASTI SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

Masih dalam mood cuti lagi ke? ehh sama la kita ada peluang berehat lama macam ni jangan lepaskan peluang untuk bersantai2...tapi santai2 jugak jangan lupa dapur tu kena berasapkan jugak...mahu kelaparan pulak nanti...kalau ada plan nak keluar atau tengah bercuti di mana2 takpe...yang duduk di rumah tu kena la teruskan aktiviti memasak yea...heee

sebenarnya agak buntu jugak la nak masak apa masa ni...tekak nak makan macam2 tetapi hati hmmm beratnya la nak ke dapur...idea pon tak berapa nak bekerjasama...tengok kat rak ada pasta...boleh la buat goreng jer...


Terhasil la resepi yang sempoi ni...yang penting kenyang dan sedap...sedap la apabila kena dengan selera sendiri...yang ni sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang...kalau tengah hari tu perut ni tetap nakkan nasi juga...heeee

nak dapatkan pasta yang berkilat QH rebuskan bersama olive oil atau minyak masak pon boleh dan letak secubit garam...jadi takde la dia akan melekat sesama sendiri nanti...lepas dah rebus tu lalukan dengan air paip dan toskan seperti biasa...

untuk resepi yang sempoi ni ada QH sediakan seperti di bawah...QH pon ada sediakan video cara masak pasta ni step by step klikkan sahaja link ini https://www.youtube.com/watch?v=jXFE6JyTQ9c&t=20s jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...in shaa Allah akan banyak lagi video2 menarik yang akan QH kongsikan di sana...



PASTA GORENG LADA HITAM

bahan A
300-450 gm pasta - rebus hingga lembut
sedikit minyak zaitun
secubit garam

caranya
didihkan air dan rebus pasta sehingga lembut. masukkan sedikit olive oil dan garam.
angkat dan toskan airnya. ketepikan.



bahan2
200-300 gm ayam - potong kecil
1 biji bawang besar/holland - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sk lada hitam * kisar halus
1 kiub ayam
3 sb sos tiram 
2 sb sos cili 
2 sk kicap lemak manis 
1 btg lobak merah *
5 btg kacang panjang * potong dadu *
1 biji lada merah - hiris n buang biji
1/2 biji bunga kobis - potong kecil2
1 pokok daun sup - hiris halus
minyak masak 
gula dan garam secukup rasa


caranya
didihkan air dan rebus pasta sehingga lembut. masukkan sedikit olive oil dan garam. 
angkat dan toskan airnya. ketepikan.
panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga harum dan layu. 
masukkan ayam dan kacau rata. 
masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. kacau rata. 
masukkan lobak merah dan kacau hingga lobak lembut.
masukkan pula kacang panjang dan lada merah.
masukkan bunga kobis dan daun sup. 
perasakan dgn gula dan garam secukup rasa. jika rasa telah sempurna, matikan api.



ribbon pasta goreng lada hitam
https://www.youtube.com/watch?v=jXFE6JyTQ9c&t=20s
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey

No comments