Qasey Honey. Powered by Blogger.

MENU SIHAT SUP TELUR TANPA TUMIS YANG SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

Ni je lah seadanya...ni je la lauk yang termampu untuk difikirkan ketika itu...di rumah telur ayam memang tak pernah putus...QH akan beli setiap minggu...sebab kunun2 nak membaking la...nak buat itu ini la...kesudahannya jadikan lauk...selesai semua masalah...heee

yang best resepi ni takde menggunakan minyak tau...takde tumis menumis pon...cuma renehkan sahaja sup ni berserta bahan2 yang lain...kalau ada yang merancang untuk berdiet bolehlah cuba resepi ni...sejenis makanan sihat juga tau resepi ni...


sesekali makan begini sedap tau...siap boleh hirup lagi supnya tu tanpa was2...buat sup telur begini boleh je nak letak segala bahan yang ada ikut suka...main agak2 je sebenarnya bahan2 tu...

tetapi disebabkan nak diupdate ke blog kena juga la kira berape banyak kuantiti bahan2 yang digunakan...nanti ada pula yang bertanya nak letak bahan2 tu banyak mana...letih pula nanti nak menjawab satu persatu...jadinya tepek la resepi lengkap di sini...

resepi boleh semak di bawah yer dan QH sediakan juga video step by step cara untuk memasak sup telur ni dengan mudah...sila klik pautan link ini https://www.youtube.com/watch?v=t5xyLoP1Lvo&t=26s untuk menonton...yang penting jangan lupa subscribe channel youtube QH tau...in shaa Allah banyak lagi resepi2 menarik yang akan dikongsikan di sana...terima kasih


SUP TELUR

Bahan2
6 biji telur
1 paket serbuk bihun sup 
1 sup bunjut 
1 kiub ayam
2 biji kentang 
1 batang carrot
7 tangkai cili padi merah - ketuk
sayur sawi
daun sup
tomato
11/2 liter air atau secukupnya
garam dan gula secukup rasa
 
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam


Caranya 
1. Masukkan air secukupnya kemudian masukkan bahan kisar. kacau dan tutup periuk biarkan air mendidih.
2. bancuhkan serbuk bihun sup dgn sedikit air dam masukkan ke dalam periuk. 
3. masukkan juga sup bunjut dan kuib ayam. kacau rata. 
4. Masukkan pula lobak dan kentang. tutup periuk dan biarkan lobak dan kentang sedikit empuk.
5. masukkan cili padi, garam dan gula secukup rasa.
6. masukkan pula telur satu persatu dan biarkan tak perlu kacau.
7. apabila telur dah mengeras masukkan fish cake/fishball (jika suka), sayur sawi dan daun sup. kacau2 manja.
8. perasakan rasanya, jika dah sempurna akhir sekali masukkan tomato dan boleh terus dihidang.



sup telur sedap
https://www.youtube.com/watch?v=t5xyLoP1Lvo&t=26s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

No comments