Qasey Honey. Powered by Blogger.

KUIH VIRAL KUBA GULING BUNGA TELANG YANG SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

hari ni lagi sekali nak ajak semua pengunjung blog QH untuk belajar buat kuih tradisi atau kuih dulu2...suka pula QH belajar buat kuih dulu2 ni...sebelum ni QH lebih tumpukan pada kukis la...pastri la...kek la...sekarang citarasa tu dah bertukar pulak...

kuih dulu2 ni nampak je macam senang nak buat tetapi agak mencabar la jugak...kadang kena cuba 2 -3 kali baru menjadi...timbul la juga perasaan berdebar bila dah siap tu...entah menjadi ke tidak kuih yang kita buat tu... 


kali ni QH belajar buat kuih yang menjadi viral pada bulan puasa tahun lepas...baru sekarang bertemu jodoh...agak lama juga simpan resepi ni...tetapi QH buat Kuba Guling menggunakan bunga telang yang di ambil resepinya dari blog Kompilasi Resepi

nak buat versi original menggunakan arang tempurung tu...takut tak kena pula dengan selera QH yang agak kebandaran ni...heee jadi QH cari resepi dari bunga telang ni...ok la rasanya...sedap bila dah digolekkan dengan kelapa parut tu...kalau QH suka kelapa parut tu masin2 sikit...

untuk resepi ada di bawah...dan tak lupa juga QH ada menyediakan video step by step cara membuat kuih kuba guling ni...sila klik pautan link ini https://www.youtube.com/watch?v=YD6X9G218Rc&t=47s untuk menonton...jangan lupa untuk subscribe tau...in shaa Allah akan banyak lagi video2 yang menarik akan QH kongsikan di sana


KUBA GULING BUNGA TELANG

BAHAN - BAHAN
250 gm tepung beras
200 gm gula
150 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil makan kapor
3 sudu besar tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar bunga telang kering + rendamkan bersama 200L air
1 liter air 
1/4 sudu kecil garam
Kepala parut - ambil isi putih + sedikit garam (kukuskan sekejap)


CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan semua bahan atas di dalam kuali.
2. Kacau sehingga sebati, kemudian hidupkan api. 
3. Selepas semuanya sebati, pastikan adunan sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul. 
4. Kacau sehingga likat dengan menggunakan api sederhana.
5. Sediakan loyang saiz 8” dan sapukan dengan minyak masak.
6. Tuangkan adunan yang telah siap tadi. Padatkan dan ratakan permukaannya.
7. Apabila dah sejuk, potong dan gulingkan kuih ke dalam kelapa parut.



kuba guling bunga telang
https://www.youtube.com/watch?v=YD6X9G218Rc&t=47s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih

1 comment

norhidana said...

wahhhh kuih ni rasa dia mcm kuih kasui ke kak? ke lain?