KAYA BALL YANG SEDAP DAN MUDAH..JOM BUAT SENDIRI
Resepi ni QH ambil dari blog Masam Manis...QH olahkan sedikit tambah perisa epal dalam kaya ball ni...sedap tau dan rasanya sangat belen dengan inti kaya kat dalam tu...makan panas2 la sedap kaya ball ni...dah sejuk pon masih lembut lagi...
pada yang ingin mencuba resepi QH sertakan seperti di bawah dan resepi ini juga ada video step by step di youtube...sila klik pautan link ini https://www.youtube.com/watch?v=kJL98KBUZyQ&t=2s untuk menonton...jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...in shaa Allah akan lebih banyak video2 menarik yang menanti...terima kasih
KAYA BALL EPAL
sumber Masam Manis
BAHAN-BAHAN
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam halus
125 gm mentega - suhu bilik
75 gm gula kastor
200 ml susu segar
3 biji telur saiz A
1 sudu kecil perisa epal
1 sudu kecil pewarna hijau
1 tin kecil kaya original
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam halus
125 gm mentega - suhu bilik
75 gm gula kastor
200 ml susu segar
3 biji telur saiz A
1 sudu kecil perisa epal
1 sudu kecil pewarna hijau
1 tin kecil kaya original
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
2. Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam halus kemudian di ayak. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk pengisar satukan mentega bersama gula kastor dan putar dengan kelajuan paling perlahan sehingga gula larut dan adunan sebati.
4. Masukkan telur satu persatu sambil terus di pukul.
5. Tambahkan pula pewarna hijau dan perisa epal sambil terus diputar rata.
6. Masukkan pula tepung gandum, serbuk penaik dan garam yang telah di ayak berselang seli dengan susu segar sambil di kaup balik rata. Akhiri proses dengan susu segar.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Masukkan juga kaya ke dalam piping bag.
8. Kemudian panaskan acuan kuih cara atau bahulu cermai.
9. Apabila acuan telah panas, sapukan minyak supaya mudah tanggal dan kaya ball tidak melekat.
10. Kemudian paipkan adunan separuh dari acuan tadi. Paipkan pula inti kaya. Tutupkan semula dengan adunan epal.
11. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga kaya ball masak.

kaya ball epal
https://www.youtube.com/watch?v=kJL98KBUZyQ&t=2s
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih
Post a Comment