AYAM MENTEGA LEMON YANG SEDAP DAN AMAT MUDAH DISEDIAKAN / LEMON BUTTER CHICKEN
Salam my kesayangan...
hari ni QH nak kongsikan 1 resepi ala2 chinese food...resepi ni dah la sedap...senang pula nak disediakan...tak sampai 1 jam dah boleh siap satu hidangan...
lauk ni nak dimakan begitu sahaja pon boleh...nak makan bersama nasi lagi la sedap...selain makan dengan nasi putih...boleh juga di makan dengan nasi ayam tau...tapi ni QH malas nak masak macam2 jadi makan dengan nasi putih aja la...heeee
apabila dah dimasak dengan lemon tentu la rasanya tu masam2 sikit...sesekali nak bertukar selera apa salahnya untuk mencuba kan...lagi satu untuk menghidang lauk ni sebaiknya hidang lauk dalam kuantiti yang mencukupi sahaja...nanti bila tak cukup tambah lagi...nak makan barulah curahkan kuah dengan ayam yang telah digorengkan terlebih dahulu tu...sebabnya lemon atau limau ni dia ade asidnya yang tersendiri...apabila lama sangat terendam dengan kuah tu akan menghasilkan suatu rasa yang pelik dan sangat masam...pasti hilang selera untuk menikmati lauk ni...mana yang tidak tahan boleh mendapat sakit perut pulak nanti...ni dari pengalaman QH sendiri...
untuk resepi ni QH ambil dari blog Dari Dapur Aida...tetapi dah diolah sedikit oleh QH...apa2 pon tetap nak berterima kasih dengan pemilik resepi kerana telah memberikan idea kepada QH...seperti biasa resepi ada QH sediakan seperti di bawah...tidak lupa juga QH ada menyediakan video step by step untuk menyediakan Lemon Butter Chicken ni...klik sini untuk pautan video https://www.youtube.com/watch?v=ihAQbJE_9u4 jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...terima kasih...
AYAM MENTEGA LEMON / LEMON BUTTER CHICKEN
https://www.youtube.com/watch?v=ihAQbJE_9u4
bahan A
10-12 ketul ayam
garam secukup rasa
lada sulah secukupnya
2 ulas bawang putih *
1 inci halia * kisar halus
2 sk sos hoisin/minyak ikan
1 biji telur
tepung jagung secukupnya
minyak untuk menggoreng
caranya
satukan kesemua bahan di atas dan gaul rata
goreng ayam tadi hingga garing
angkat dan ketepikan
bahan B
2 sudu besar butter
1-2 pelepah daun kari
2 sudu kecil stok ayam*
2 sudu besar butter
1-2 pelepah daun kari
2 sudu kecil stok ayam*
1 cawan air* (*bancuh)
1 biji perahan jus lemon
gula secukup rasa
1/3 biji capsicum hijau
1/3 biji capsicum merah
3 keping hirisan lemon
1 sudu kecil tepung jagung*
1 biji perahan jus lemon
gula secukup rasa
1/3 biji capsicum hijau
1/3 biji capsicum merah
3 keping hirisan lemon
1 sudu kecil tepung jagung*
1/4 cawan air* (*bancuh)
garam dan serbuk perasa secukup rasa
garam dan serbuk perasa secukup rasa
caranya
panaskan kuali dan masukkan butter.
apabila butter telah cair masukkan daun kari.
kemudian masukkan bancuhan stok ayam, jus lemon dan gula secukupnya. gaul rata dan biarkan hingga mendidih.
masukkan pula capsicum hijau, merah dan hirisan lemon.
masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekat kuah.
perasakan kuah dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. gaul rata.
jika rasa sudah sempurna matikan api. siap.
ayam mentega lemon / lemon butter chicken
https://www.youtube.com/watch?v=ihAQbJE_9u4
jangan lupa subscribe youtube channel..terima kasih
Post a Comment