TEPUNG BOKO UBI KAYU PANDAN YANG SANGAT SEDAP (resepi viral)
Salam my kesayangan...
Kuih tepung boko lagi menghiasi entri QH kali ni...
Sebenarnya tak puas makan buat yang lepas tu...dah jatuh cinta dan kemaruk pulak QH dengan kuih ni...rajin pula cari ubi kayu lagi untuk buat kuih ni...untuk kali ni QH buat perasa pandan pula...teringin pula nak merasa kuih ni dalam versi rasa pandan pula...
Sama2 sedap rupanya...tetapi pilihan QH lebih ke gula merah...heee...yang pandan ni sedap bukan tak sedap tetapi kalau dah merasa yang gula merah tu dulu...mesti akan pilih yang tu dulu kot...
Nanti cuba la pula yang rasa pandan ni...mungkin lebih suka rasa yang ini...yang penting kena rajin mencuba dulu...
untuk kuih boko ni...QH tak letakkan pewarna di dalamnya...jadi kaler hijau tu kurang menarik sikit la jika dibanding dengan kawan2 yang lain...memang semata menggunakan air dari daun pandan jerk...orang dulu2 buat kuih ni pon tak guna pewarna jugakan...
kuih yang QH buat ni...anggaran bekas macam yang QH gunakan ni akan dapat dalam 6 bekas comel...ok la kan nak buat banyak2 takde siapa nak makan nanti...kalau nak lagi banyak gandakan sahaja bahan2 di bawah...
untuk resepi ni resepinya ada di bawah...QH juga ada sediakan video step by step penyediaannya...sila klik di link ini https://www.youtube.com/watch?v=0eqJiEniZtQ&t=2s jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...in shaa Allah nanti akan lebih banyak lagi video menarik yang akan QH sediakan...terima kasih...
TEPONG BOKO UBI
KAYU
Sumber : Kak Madiha &
Kak Jie Jie
Bahan2
1 ketul ubi kayu yg
besar ~ (dapat anggaran 3 cawan ubi parut)
1 ½ cawan gula
pasir (MaDiHa guna 1 cawan saja sbb nak kurangkan manis)
10 helai daun
pandan ~ kisar dengan 2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna
hijau jika perlu
secubit garam
Cara
Menyediakan
1. Ubi dikopek
kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat
tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (MaDiHa dapat anggaran 3 cawan ubi parut).
(Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang
terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan
air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau
kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk
kukus.
4. Campurkan
parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau
sehingga rata.
5. Masukkan adunan
ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Hidangkan
bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.
SOS SANTAN
Bahan2
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh
lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 - 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam (rasa dulu b4 tambah
garam)
sehelai daun pandan ~ disimpul
Cara menyediakan
1. Bancuh tepong beras dengan sedikit air
sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
2. Campurkan santan, air & air bancuhan
tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi
pekat & masak.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang
dikukus tadi.
tepung boko ubi kayu pandan
https://www.youtube.com/watch?v=0eqJiEniZtQ&t=2s
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey
Post a Comment