TAUHU BEGEDIL AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH...LAKU KERAS
Salam my kesayangan...
Kini tiba giliran QH untuk mencuba tauhu begedil ayam yang pernah viral...tak silap tahun lepas meletop2 resepi ni...QH ni jangan ditanya la...biase menjadi yang terlambat je untuk mencuba resepi2 hot ni...
Ada pepatah yang mengatakan...selalu yang terbaik biasanya memang lambat sampai...heeee...biar la lambat nanti bila orang dah lupa boleh la QH ingatkan pulak kan...tu je konsepnya (ayat cover line) heee
Sebenarnya mana yang sebetulnya yea...begedil atau bergedil? konpius jap la...ngeee
Resepi ni QH ambil hasil dari carian google tapi apabila QH dah gabungkan resepi dari orang ni sikit...orang sana sikit...maka terjadi la seperti di bawah ni...last2 QH main belasah je la...heee
Kepada penyumbang resepi ni...QH takkan lupa kerana telah memberi idea kepada QH untuk menghasilkan resepi tauhu begedil yang sedap ni...terima kasih banyak2...mohon dihalalkan resepinya dan semoga mendatangkan kebaikan buat semua...
QH buat tauhu begedil ni menggunakan tauhu pok jenis panjang/lonjong...nak cari yang size 4 segi tu kebetulan tak jumpa pulak...merata juga cari last2 jumpa kat HERO tauhu pok jenis ni je...jadinya ambil je la dari takde kan...lain la sikit rupanya tu dari yang lain kan...
Haaa tauhu begedil ni QH makan dengan sambal kicap...edisi Johorean lagi...ada yang makan dengan sos cili atau sos cili thai kan...tetapi pilihan QH tetap sambal kicap...habis tolak tepi semua...punya la heaven makan tauhu ni dengan sambal kicap...tak percaya kena la cuba...
Untuk resepi ni macam biasa QH ada sediakan video step by step cara membuatnya klik di sini https://www.youtube.com/watch?v=XMiE2mHXkqI&t=23s dan sini https://www.youtube.com/watch?v=kU_ht54woQ8 jangan lupa untuk subscribe channel tau...terima kasih
TAUHU BEGEDIL AYAM
https://www.youtube.com/watch?v=XMiE2mHXkqI&t=23s
bahan inti
4 biji kentang - rebus hingga empuk
300 gm isi ayam - lebih pon sedap
2 keping tauhu basah
2 biji bawang besar
isi tauhu pok - ikut banyak mana
1 sk lada hitam - kisar
1 sk lada putih/sulah
garam secukup rasa
2 sk tepung jagung
1 biji lada merah - buang biji n hiris nipis
1 batang lobak merah * potong dadu
5 batang kacang panjang * potong kecil2
1 pokok daun sup
bahan lain
tauhu pok secukupnya - keluarkan isinya
3 biji telur atau secukupnya
minyak untuk menggoreng
caranya
kupas dan rebus kentang hingga empuk. toskan airnya dan ketepikan.
dalam food processor/blender kisar isi ayam hingga lumat
kemudian kisar kentang yang telah direbus tadi
satukan pula tauhu basah, bawang besar dan isi tauhu kering. kisar lagi.
tuang ke dalam mangkuk dan satukan bahan2 inti yang lain seperti di atas. gaul rata
kepal2kan inti mengikut saiz tauhu pok yang digunakan (cara yang mudah) atau boleh sumbatkan terus ke dalam tauhu pok
ambil tauhu pok dan isikan inti ke dalamnya
panaskan minyak. pecahkan telur ke dalam mangkuk yang lain dan pukulkan sedikit
celupkan tauhu tadi ke dalam telur sambil diratakan. goreng hingga masak dan kuning keemasan.
toskan minyaknya dan hidangkan bersama sambal kicap.
SAMBAL KICAP JOHOR
https://www.youtube.com/watch?v=kU_ht54woQ8
bahannya
15 biji cili padi hijau
10 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
4 sb bawang goreng
kicap lemak manis secukupnya
gula dan garam secukup rasa
air masak jika perlu
caranya
panaskan pan dan letakkan sedikit minyak. tumiskan cili padi dan bawang putih sehingga naik bau. matikan api
satukan semua bahan di atas dan kisar hingga lumat.
tuang sambal ke dalam mangkuk dan perasakan rasanya. siap.
kolaborasi bersama tik.tok Malaysia
tauhu begedil ayam viral yang sedap dan mudah
https://www.youtube.com/watch?v=XMiE2mHXkqI&t=23s
https://www.youtube.com/watch?v=kU_ht54woQ8
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey
https://www.youtube.com/watch?v=XMiE2mHXkqI&t=23s
https://www.youtube.com/watch?v=kU_ht54woQ8
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey
Post a Comment