Qasey Honey. Powered by Blogger.

SOTONG STIM ALA THAI YANG SEDAP DAN MUDAH UNTUK DISEDIAKAN



Salam my kesayangan...

hari ni jom main masak2...tak sempat nak masak hari ni...boleh simpan resepi untuk besok pulak...rugi tau kalau tak cuba resepi ni...sedap tau...nak makan macam tu aje pon sedap...buat ratah2...sotong ni memang peberet QH...tak kisah di masak jenis macam mana pon...tetap akan makan...

pilihan masakkan kali ni simple jer...tetiba teringin pulak nak makan lauk jenis begini...ye la kadang2 selera ni nak yang simple2 je... 




untuk melihat resepi ni...ada QH sediakan seperti di bawah...nak tengok step by step cara penyediaan masakan ni bagaimana boleh tengok di sini...klik sahaja link ini https://www.youtube.com/watch?v=23YnRyITzYo&t=14s jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau...terima kasih


SOTONG MASAK STIM ALA THAI

BAHAN-BAHAN
10 ekor sotong saiz besar - kelarkan badannya
4 batang serai - diketuk 
2 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - hiris
15 helai daun limau purut - hiris kasar

BAHAN KISAR
15-20 biji cili padi merah dan hijau
6 ulas bawang putih
3 tangkai akar daun ketumbar
3 biji limau nipis - ambil jusnya

BAHAN SOS
8 biji tomato ceri - belah 2
2 biji limau nipis - potong kecil
Setangkai daun ketumbar - hiris
2 sudu besar sos ikan
Gula secukup rasa



CARA PENYEDIAAN
1. Didihkan air ke dalam pengukus. Ketepikan.
2. Satukan bahan kisar bersama bahan sos. Gaul rata dan perasakan rasanya. Ketepikan.
3. Ambil bekas atau loyang, susun sotong ke dalamnya. Masukkan serai, halia, lengkuas daun limau purut.
4. Masukkan bekas sotong ke dalam pengukus dan stimkan sotong selama 15-20 minit atau sehingga masak.

5. Keluarkan sotong sahaja dan satukan dengan campuran bahan kisar tadi. Siap untuk dihidang.




Sotong Stim Ala Thai
https://www.youtube.com/watch?v=23YnRyITzYo&t=14s
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey

1 comment

norhidana said...

tgk sampai kecur air liur... ratah gitu je msti dhsedap kak oi