Qasey Honey. Powered by Blogger.

QUICHE AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH



Salam my kesayangan...

Jumpa lagi...
Sekarang ni QH lebih suka buat kudap kudapan macam ni pula...lagi pon QH buat quiche ni tak banyak modal yang keluar...cuma beli mozarella dan sayuran je...bahan2 lain masih banyak lagi yang free...heee

Sesekali makan jenis yang begini pada QH mengenyangkan juga...sedap juga tukar2 selera begini...asyik makan nasi jer kan...nak buat pon alahai senang sangat la...tidak banyak masa yang diambil untuk menyiapkan hidangan ni...



Kalau dilihat pada bahan...memang la macam renyah je nak siapkan quiche ni...tetapi hakikatnya apabila kita dah siapkan ke semua bahan2nya...ehhh sekejap je dah siap semuanya...lagi bahan2 tu boleh je ikut suka kita nak letak apa...nak meriah quiche kita tu letak la pelbagai sikit...nak buat simple pon boleh...itu semua terpulang pada bajet...

untuk resepi ni QH ambil hasil carian gugel juga dan seperti biasa QH ada mengolahkannya mengikut selera dan bahan2 yang di rumah...cuma QH dah lupa ambil ni dari blog mana...cari2 semula tak jumpa pula...semoga mohon dihalalkan ye resepi ni...terima kasih pada empunya resepi kerana sudi berkongsi untuk semua...

Ingin mencuba juga...resepinya ada seperti di bawah yea...jika tidak paham QH ada sedia video cara membuat quiche ni step by step...klik link ni https://www.youtube.com/watch?v=Jga7frk2S7U&t=27s jangan lupa untuk subscribe channel youtube QH tau


QUICHE AYAM
youtube channel Qasey Honey

bahan A
150 gm isi ayam - potong dadu
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *
2 susu kecil lada hitam * kisar bersama *

bahan B
1 biji bawang besar/holland - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
3 sudu besar sos tiram 
2 sudu kecil kicap lemak manis 
1 batang lobak merah *
1 biji kentang *
5 batang kacang panjang * potong dadu *
1 biji lada merah - hiris & buang biji
1 pokok daun sup - hiris halus
1 paket mee segera - rendam tanpa perencah
minyak masak 
lada sulah dan garam secukup rasa



Caranya
satukan bahan A dan gaul rata. perapkan selama 20 minit. ketepikan. 
rendam mee segera dengan air panas hingga lembut (tanpa perencah). toskan airnya. ketepikan. 
panaskan sedikit minyak tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga harum dan layu. 
masukkan ayam yang telah diperap tadi. kacau rata dengan api sederhana. 
masukkan sos tiram dan kicap. kacau rata. 
masukkan lobak merah dan kacau hingga lobak lembut. 
kemudian masukkan kentang dan kacau lagi. biarkan sekejap. 
masukkan pula kacang panjang, lada merah dan daun sup. 
masukkan mee segera yang telah direndam tadi. kacau rata.
perasakan dengan lada sulah dan garam secukupnya. matikan api dan ketepikan.



Bahan lain
tortila wrap secukupnya
2 biji telur gred A *
50 ml susu cair * bancuh bersama
mozzarella cheese - secukupnya

Caranya

panaskan oven 180C.
griskan loyang muffin dengan butter/marjerin. ketepikan. 
ambil tortila wrap dan tekapkan dengan acuan pilihan.
susun tortila wrap dan bentukkan ikut acuan muffin. 
isikan inti yang dimasak tadi ke dalamnya. 
letak pula bancuhan telur dan susu tadi secukupnya. 
letakkan daun sup dan mozzarella cheese secukupnya.
bakar selama 20 minit. siap dan makan bersama sos cili dan mayonis/thousand island sos.

kolaborasi bersama tik.tok Malaysia



quiche ayam yang sedap dan mudah
https://www.youtube.com/watch?v=Jga7frk2S7U&t=27s
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey


No comments