Qasey Honey. Powered by Blogger.

LONTONG GAYA BARU - SAYUR LODEH DAN NASI IMPIT BUNGA TELANG YANG MEMUKAU DAN SEDAP



Salam my kesayangan...

Rasanya dah lama QH tak masak lontong...selalu makan tetapi amat jarang untuk buat sendiri...kalau hari kerja tu biasa la QH sarapan dengan lontong ni...ye la kan kot macam mana pon sesekali mesti nak cari masakan dari Johor ni...dah selera sejak dari kecil terdidik dengan masakan sana...mesti akan rasa rindu dengan masakan dari negeri kelahiran juga...Johorean lak katakan...

Tentang lontong ni QH pernah berkecil hati dengan seseorang apabila dia mengkritik masakan QH...padahal dia tak merasa pon dan katanya kuah sayur lodeh QH ni old school...orang sekarang letak fishcake la...fishball la...tak letak tempe dan tauhu la...pada QH lantak la orang nak masak letak apa sekali pon di dalamnya...sepatutnya sebagai seorang yang lebih tua...respek je la dengan apa orang lain masak...selera setiap orang tak sama dengan tekak dia ala2 moden kununya la...selera QH lebih gemarkan sayur lodeh cara lama...jadinya kita masak la ikut selera sendiri kan...

QH akui tak berapa pandai masak...tetapi ada usaha la untuk belajar memasak...kalau QH ni pro dalam masakan dah lama QH apply jadi chef...


Ok la abaikan la cerita2 yang negatif...sebab dalam hidup kita ni perlu hindarkan perkara2 negatif seperti itu...anggap je la ianya seperti kudis...

Masakan lontong kali ni...QH buat sedikit perubahan...ehhh ni bukan disebabkan lepas geram...cuma sesekali kita buat la kelainan dari kebiasaan...nasi impit tu QH warnakan dengan air bunga telang tanpa menggunakan pewarna masakan yang lain...yang ni boleh ejas ikut nak terang yang bagaimana nasi impit yang kita nak tu...kalau nak lagi terang letak la banyak lagi bunga telang tu semasa merebus...pada QH warna ni sudah mencukupi kalau terang sangat takut pula nak makan...heeee...nasi impit ni akan mengeluarkan satu aroma yang lain apabila direbus dengan bunga telang tau...QH nak terangkan bagaimana aromanya susah sikit...kena cuba baru akan tahu...

Sayur lodeh tu pula...QH masak tak letak soon...sebab nanti lama2 kuah tu akan pekat dan meresap ke soon tu macam kureng sikit la pada QH...QH tambah brokoli dan cauliflower sedikit di dalamnya...QH tak letak kobis sebab cari2 tak jumpa la pulak...untuk melihat resepinya seperti biasa ada di bawah dan untuk memudahkan semua untuk memasak...QH ada sediakan video step by step cara memasaknya...klik link yang tertera https://www.youtube.com/watch?v=ZUILpf0OZQk nakkan lagi banyak video jangan lupa untuk subscribe channel tau...nanti macam2 jenis masakan akan QH tunjukkan...terima kasih


NASI IMPIT BUNGA TELANG
https://www.youtube.com/watch?v=ZUILpf0OZQk

bahan2
Air secukupnya 
1/4 cawan bunga telang atau secukupnya
nasi impit

caranya
rebus air sehingga betul2 mendidih, kemudian masukkan bunga telang (yang ni terpulang nak warna nasi impit terang mana)
apabila air telah bertukar warna, masukkan nasi impit secukupnya
rebus nasi impit sehingga masak (1-2jam) kemudian angkat, toskan airnya dan biarkan sejuk


SAYUR LODEH
https://www.youtube.com/watch?v=ZUILpf0OZQk

bahan2
1 batang serai - diketuk 
2 keping tauhu - digoreng dan potong kecil
1 kiub ikan bilis
6 batang kacang panjang - potong 2cm
1 batang lobak merah
1 biji kentang
1/2 biji sengkuang
Brokoli dan bunga kubis secukupnya
1 liter air 
1 kotak santan
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering (rendam sekejap)


caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga harum.
Masukkan lobak merah dan tambahkan air (QH kocakkan air ke dalam kotak santan hingga jadikan 1 liter)
Masukkan kiub ikan bilis dan biarkan kuah hingga mendidih
Masukkan sayuran mengikut yang keras dahulu mengikut turutan seperti kentang, sengkuang dan kacang panjang. Biarkan hingga empuk
Tambahkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan brokoli dan bunga kobis. Kacau sekejap dan masukkan tauhu yang telah digoreng tadi. 
Perasakan lagi rasanya, jika sudah sempurna matikan api.


SAMBAL TUMIS

Bahan2
20-30 tangkai lada kering - dikisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar - dihiris
Segenggam ikan bilis
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih          
1 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia


Caranya

1. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak untuk menumis.
2. Masukan bahan tumis dan kacau sehingga naik baunya serta garing. Selepas itu, masukkan ikan bilis dan kacau lagi sehingga rata.
3. Masukkan pula lada kering yang telah dikisar tadi. Perlahankan api. Kacau hingga rata dan biarkan sehingga naik minyak.
4. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau lagi hingga rata. Tambahkan kiub ayam dan kacau rata.
5. Tambahkan air secukupnya. Kacau lagi.
6. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris.
7. Perasakan rasanya dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila rasa sudah sempurna, matikan api. Siap.


sayur lodeh dan nasi impit bunga telang
https://www.youtube.com/watch?v=ZUILpf0OZQk
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey

1 comment

norhidana said...

mmg lari menarik la warna dia tuh kak...

ohh kita sekapal ye kak, dana jarang sgt msk lodeh ni klu kt kl... sbb nya kang yg mkn beria nya dana... edy mkn la skit je...

kalau dana pun suke msk mcm akak, bahan2 asas je... tp akak punya ni dh kira moden la, ada brokoli ngn bunga kobis lg...