Qasey Honey. Powered by Blogger.

KUIH TAKO GULA MELAKA YANG SEDAP DAN MUDAH JE NAK BUAT




Salam my kesayangan...

Bersua lagi...
kali ni buat hidangan minum petang pula...sebenarnya apabila teringin nak makan bila2 masa pon boleh...heee...takde istilah pagi ke petang ke malam ke...bila2 masa pon sesuai untuk dinikmatikan...

Lama sangat teringin nak makan dan macam biasa lama sangat peram resepi ni...heee...lama dah QH buat kuih ni tahun lepas lagi dah ada cuma lambat untuk sampai ke sini...tapi takpe kan biar lambat asal ada...heeee  



Apa yang specialnya kuih ni kerana ada air gula melaka...resepi hasil olahan dari kawan FB iaitu Kak Shima...apabila terpandang tu alahai sedapnya tengok...semasa tengok kuih ni tak silap masa bulan Ramadan yang lepas...

Resepi ni ada QH kongsikan di dalam majalah Rasa bulan 11/2018...pada yang tak berkesempatan untuk membeli majalah tersebut...QH akan sertakan resepi ni di bawah tau...pada kak Shima terima kasih sudi berkongsi resepi ni pada semua...

Ok tentang kuih ni...biasa kita makan kuih tako ni dalam bekas daun pandan dan dimakan begitu sahajakan...kali ni apa kata cuba kelainan sedikit dari kebiasaan...gabungan air gula melaka bersama kuih tako ni sangat sedap apabila di makan sejuk2...cukup sempurna rasanya dan jangan risau ianya tidak terlalu manis...

pada yang ingin mencuba resepi ada di bawah dan jika nak mudah paham akan caranya boleh tengok di channel youtube qasey honey cara2 membuatnya step by step yang mudah...klik link di sini https://www.youtube.com/watch?v=RE6ucaquIsE


KUIH TAKO GULA MELAKA
Sumber FB@Shima Jamaah

BAHAN LAPISAN HIJAU
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan air
5 helai daun pandan 
Sedikit air kapur masakan


CARA PENYEDIAAN LAPISAN HIJAU
1. Kisar daun pandan dengan sedikit air. Kemudian tapiskan airnya dan jadikan 5 cawan air pandan.
2. Satukan tepung beras, gula pasir, air pandan dan sedikit air kapur ke dalam periuk atau kuali.
3. Kacau tanpa henti di atas api sehingga masak dan meletup-letup, adunan akan kelihatan berkilat dan pekat.
4. Sediakan bekas dan sudukan ke adunan. Ratakan permukaannya. Ketepikan.




BAHAN LAPISAN PUTIH
1 kotak santan - jadikan 4 cawan
6 sudu besar tepung beras
1/4 garam
1 helai daun pandan - disimpul


CARA PENYEDIAAN LAPISAN PUTIH
1. Satukan santan, tepung beras, garam dan daun pandan ke dalam periuk atau kuali.
2. Kacau tanpa henti di atas api sehingga masak dan meletup-letup, adunan akan kelihatan berkilat dan pekat.
3. Sudukan ke atas lapisan hijau tadi dengan rata. Sejukkan.




AIR GULA MELAKA
1/2 biji gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul


CARA PENYEDIAAN AIR GULA MELAKA
Satukan bahan-bahan di atas dan masak di atas api sehingga mendidih. Sejukkan dan hidangkan bersama kuih tako yang telah siap tadi.





cara buat kuih tako gula melaka
jangan lupa subscribe channel Qasey Honey

2 comments

Siti Yang Menaip said...

uuuish nampak menggoda. sedapnya !! ni makan sejuk2 layanyaa feeling =D

Wan Syahida said...

sedapnya..... boleh belajar buat ni..