Salam my kesayangan...
Ajommm hari ni kita singgah ke negeri Cik Siti Wan Kembang...mana lagi kalau bukan negeri Kelantan Darul Naim...
sebenarnya ni pestime QH buat kuih ni tau...biasa QH tau makan sahaja...rupanya tidak la susah pon nak buat kuih ni...tetapi disebabkan kesenangan itu juga la yang menjadikan ianya susah untuk sampai ke sini...heeeee
kuih ni QH buat menggunakan tepung cucur lemak manis dari adabi...haaa tengok belum apa2 lagi dah memandai2 ubah2 resepi orang...heee...QH suka mencuba sebenarnya kalau menjadi tu Alhamdulillah...kalau tak menjadiiii paham2 aje la akan ke mana kan...
Ok la cubaan pertama QH buat kuih ni...menjadi dengan jayanya...sedap lembut cuma ada yang isi gulanya kurang meleleh...tak letak banyak gula di dalam tu...QH goreng sikit2 jadi tak dapat nak bagi apa keputusan terakhir apabila kuih ni sejuk...kejung ke apa tak pasti...heeee
jommm tengok resepi yang dah QH sediakan seperti di bawah tu...
KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN A
2-3 ketul keledek oren - potong kecil
sedikit garam
air untuk rebusan secukupnya
BAHAN B
1 paket tepung cucur lemak manis adabi
gula pasir secukupnya
minyak untuk menggoreng
jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih
kupas keledek dan potong kecil
ambil periuk dan masukkan air, keledek dan garam
rebus keledek sehingga empuk
toskan airnya dan lecekkan sehingga lumat
masukkan 1 paket tepung cucur lemak manis
gaul sehingga sebati..jika adunan masih lembik tambahkan sedikit tepung gandum tetapi jangan sampai terlebih tepung
rehatkan sebentar..
bulatkan adunan sama besar
kemudian leperkan dan tekan sedikit tengah2
letak gula 1sk@lebih
katupkan adunan rapat supaya semasa menggoreng gula tak keluar dan terbuka
goreng sehingga kuning keemasan dan toskan minyaknya..siap
tunggu sejuk sikit baru makan tau..jangan gelojoh
Post a Comment