Qasey Honey. Powered by Blogger.

KERAPU MASAK KICAP BEREMPAH




Salam my kesayangan...

lama dah rasanya QH tak buat masak kicap...sesekali tekak ni teringin la jugakkan...ada seekor lagi ikan kerapu dalam peti sejuk...rempah kicap berempah maksiti pon ada...boleh la cuba masak...pertama kali QH cuba masak kicap menggunakan rempah...biasa kita guna kicap jer kan...

ok la sedap...terasa rempah ratusnya...di dalam lauk ni jugak QH masukkan sekali kacang panjang...senang semua ada di dalam tu...tinggal tambah telur dadar sahaja dah cukup...pada yang ingin mencuba resepi ada di bawah tu yea...




IKAN KERAPU MASAK KICAP BEREMPAH

BAHAN2
1 ekor ikan kerapu 
serbuk kunyit
garam secukup rasa

BAHAN KISAR
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai

BAHAN LAIN
2 sudu besar kicap 
1 paket rempah masak kicap ikan

2 sudu besar cili giling
1 sudu besar pes asam jawa xtra
2 helai daun limau purut
1 batang kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
5-6 batang kacang panjang
1/3 biji lada bengala
1 biji tomato
air secukupnya
serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa






jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARANYA
bersihkan jika suka potong 4. gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
panaskan minyak masak dan goreng ikan tadi sehingga garing.
ketepikan sedikit minyak, cukup untuk menumis dan tumis rempah 4 beradik terlebih dahulu.
kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
masukkan cili giling dan kacau lagi sehingga pecah minyak.
masukkan pula rempah masak kicap ikan dan biarkan sehingga pecah minyak.
tambahkan air secukupnya, masukkan daun limau purut.
masukkan asam jawa xtra, serbuk perasa, gula dan garam secukupnya.
masukkan kicap dan kacau sebati.
masukkan kacang panjang, lada bengala, tomato. jika kuah pekat tambahkan lagi sedikit air.
jika rasa sudah sempurna, matikan api dan hidangkan dengan nasi panas





No comments