Qasey Honey. Powered by Blogger.

PUDING BANDUNG OREO SEDAP



Salam my kesayangan...

Cuaca panas begini sedapkan makan makanan yang sejuk2...dapat la melegakan anak tekak yang kerap kehausan tu kan...jangan lupa cuaca panas begini banyakkan minum air tau...air tu air putih atau air masak...bukan minuman manis...

Kali ni QH gigihkan diri untuk buat puding...sebab dah lama juga QH tak memudingkan...QH ni kalau ikutkan rasa nak buat macam2 tapi bila tiba masa 1 macam pon QH tak buat...heeee...senang aja nak buat puding ni tapi tu la biasa benda yang senang ni la yang paling susah kita nak buat...betul tak




lagipon kan...sebenarnya QH buat puding ni...sesambil tu QH join kontes dari Saji Malaysia...saja suka2 mana tau ada rezekikan...harapan nak menang tu tentu la ada kan bila join kontes tetapi tak nak terlalu mengharapkan sangat...tapi Alhamdulillah rezeki tu berpihak kepada QH...perasaan masa tu sudah tentu la gembira...

masa result tu keluar QH kebizian sikit menyopping bahan basah...heeee...yang boleh tahu tu bila ramai frenlist dari ig yang ucapkan tahniah...rasa nak melompat gak masa tu tapi macam tak patut pulak nak buat perangai tak semenggah tu kan...kita ketawa sorang2 jerk...abis tak tenang dah nak sambung shopping...heee

hadiahnya sangat berbaloi la dengan modal yang tak seberapa yang QH keluarkan...yang penting kepuasan tu apabila terpilih dan menjadi pilihan juri dari banyak2 penyertaan...

Ajommm la tengok bahan2 yang QH gunakan untuk menghasilkan PUDING BANDUNG OREO ni...



PUDING BANDUNG OREO SEDAP

LAPISAN ATAS
BAHAN2
6 gm serbuk agar-agar
400 ml air
40 gm gula pasir
200 ml krimer manis bandung saji
1 sudu kecil perisa rose - optional
pewarna pink - optional
1 sudu besar biji selasih - rendam hingga kembang dan toskan airnya

CARANYA
Panaskan air. Masukkan serbuk agar-agar dan gula pasir. Kacau sehingga semua bahan larut.
Masukkan krimer manis bandung dan kacau selalu. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan perisa rose dan pewarna pink. Kacau lagi.
Kemudian masukkan biji selasih yang telah kembang tadi.
Ambil bekas atau acuan yang sesuai dan sudukan atau tuangkan separuh dari acuan.
Sejukkan dan ketepikan. Buat pula lapisan kedua.



LAPISAN BAWAH
BAHAN2
6 gm serbuk agar-agar
400 ml air
50 gm gula pasir
250 ml krimer sejat cair saji
7 keping biskut orea - kisar halus

CARANYA
Panaskan air. Masukkan serbuk agar-agar dan gula pasir. Kacau sehingga semua bahan larut.
Masukkan krimer sejat cair dan kacau selalu. Biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan biskut oreo yang telah dikisar.
Ambil bekas atau acuan lapisan pertama tadi. Lorekkan permukaan lapisan tadi dengan garpu.
Kemudian baru la tuang atau sudukan lapisan kedua tadi.
Sejukkan dan sehingga puding mengeras.
Sedap dihidang sejuk.



jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih



Terima kasih pada pihak Saji Malaysia kerana memilih QH sebagai pemenang bagi kontes #sajimasakapa
Tahniah juga pada kawan2 yang berjaya
hadiah dah dapat jadi boleh la pergi shopping ke tesco...heeee




No comments