Qasey Honey. Powered by Blogger.

NASI IMPIT GORENG / LONTONG GORENG SEDAP



Salam my kesayangan...

Ada yang panggil lontong goreng...ada juga yang panggil nasi impit goreng...kedua2nya adalah resepi yang sama sebenarnya...QH masak ni masa cuti Hari Raya Haji baru2...QH pon tak balik kampung...cuti pon 1 hari aje sebab terkena hari rabu kan...QH tak ambil cuti selepas tu...memandangkan ada sehari aje di rumah malas pula nak masak beriya2 sangat...jadi buat aja la lontong goreng ni...janji lepas hajat nak makan nasi impit...heee



resepi ni mudah...caranya lebih kurang macam nak masak mee goreng yang QH gunakan...lontong goreng simple je QH masak...takde udang takde sotong...macam jemu pulak nak letak benda2 tu...QH hanya menggunakan isi ayam, lobak merah dan kacang panjang...bila masak lontong goreng ni atau nasi goreng ke...QH suka kacang panjang tu masih rangup lagi...kalau boleh nak letak banyak2...sedap tau...ok la macam biasa resepi ada di bawah yea...heyyy jangan marah tau masih lagi menggunakan barang yang disponsor dari adabi...heeee



MEE IMPIT GORENG SEDAP

BAHAN2
8-10 ketul nasi impit - size kecil
1 paket besar perencah mee goreng Adabi
3 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tiram

1-2 sudu kicap lemak manis
3 keping isi ayam/fillet - potong kecil dan gorengkan dahulu
2 biji telur ayam
1 batang lobak merah - potong dadu

3-4 batang kacang panjang - potong kecil
Gula, garam dan serbuk cukup rasa maggi - secukup rasa
minyak untuk menumis - QH guna olive pomace oil





jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

CARANYA
Di dalam minyak yang panas, goreng isi ayam sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar iaitu bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili giling dan biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan pula sos cili dan sos tiram. Kacau rata.
Masukkan perencah mee goreng Adabi. Kacau rata.
Masukkan telur ayam dan biarkan seketika barulah di kacau.

Masukkan pula isi ayam yang telah digoreng tadi.
Masukkan lobak merah dan kacau lagi sehingga lembut sedikit. Kemudian masukkan kacang panjang.Masukkan garam, gula dan serbuk maggi cukup rasa secukupnya. Kacau rata.
Masukkan pula nasi impit yang telah dipotong kecil-kecil. 

Akhir sekali tambah kicap untuk mengelapkan warna nasi impit goreng tadi. Siap dan matikan api. Hidangkan terus.




1 comment

Resepi Asia said...

rugi giler .. bila orang dah share respi.. tapi kita tak try masak. ermm dapp