Qasey Honey. Powered by Blogger.

APAM NASI / APAM BERAS GEBU DAN SEDAP



Salam my kesayangan...

haaa tudia ceria entri hari ni...
sebenarnya ni dah lama QH buat...cuma lambat untuk sampai ke sini...heeee
tengok2 nasi impit lebihan hari raya haji baru2 ni ada lebih 3-4 ketul lagi...boleh la buat apam nasi ni...lagipon dah lama QH tak buat apam nasi yang sedap ni...tekak pon dah terasa2 sangat ketika tak sabar nak menikmatinya...

mudah je nak sediakan apam nasi ni...bahan yang digunakan pon tidak la cerewat...sudah tentu semuanya dah tersedia ada di rumah...apalagi maka berhasillah apam nasi ni... 




untuk mendapatkan apam nasi yang lembut dan gebu...perapkan adunan melebihi 3 jam...ketika ni akan nampak adunannya akan nak 2 kali ganda...jika macam tu in shaa Allah menjadilah apam nasi tu nanti...

ketika buat apam ni QH menggunakan foodprocessor...QH bancuhkan semuanya di situ kecuali pewarna...guna blender pon boleh...jika nak guna jagung manis...boleh sudukan sedikit di tengah2 aduan dan kukus seperti biasa...

resepi ni QH ambil dari blog Kak Yatie...QH panjangkan resepi ni di sini pula...ingin mencuba resepinya ada di bawah yea



APAM NASI IMPIT
sumber Kak Yatie

Bahan-bahannya 
2 cawan nasi - QH guna nasi impit

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam - QH tambah warna kuning
jagung manis - optional
pewarna pilihan 



jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

Cara-cara 
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja


untuk kelapa parut QH warnakan dengan pewarna makanan warna kuning...sebelum tu gaulkan dahulu bersama garam secukup rasa, kemudian baru warnakan dengan warna pilihan...
selepas tu QH kukuskan sekejap...ok siap untuk dihidangkan bersama apam nasi tadi



No comments