Salam my kesayangan…
Asyik update resepi dessert je kan…mesti
rindu-rinduan nak memasak pula…kali ni ulang tayang resepi mee goreng…resepi
kali ni berbeza sikit dari resepi2 yang lepas dan amat mudah juga nak
menyiapkannya…lagi satu sedap yang amat tau…
Bila sebut pasal mee goreng ni perangai dan selera setiap orang memang berbezakan…ada yang suka jenis basah2…ada suka yang jenis kering2 sikit dan banyak telur…yang QH masak ni rasanya jenis yang mix kot…heee…sebab dua2 ada dan sesedap selera QH…
Di dalam resepi ini terdapat satu lagi resepi rahsia tau...QH pon baru pandai masak mee yang sedap tu...biasa di kedai makan ada letak perencah ni...mana yang dah tahu tu ok la...QH pon baru tahu juga...ye la sebab QH pon bukan pandai memasak tetapi sentiasa akan cuba belajar dan baiki mana yang terkurang tu...pada yang tidak tahu macam QH...kita sama2 la belajar...
Rupanya nak mee goreng kita masak tu sedap kena la letak air pes udang rupanya...seolah macam kita makan di kedai...rasanya lagi sedap kot apabila masak sendiri...heee...senang je nak buat air pes udang ni dan boleh disimpan dalam freezer lagi...bila2 nak masak dah ada stok...
jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih
kalau nak tahu...sebenarnya semasa masak mee goreng ni QH ada join kontes dari Adabi...Alhamdulillah rezeki QH pihak juri berkenaan la dengan gambar dan video yang QH hantar tu...dapatlah QH hamper dari Adabi untuk stok dua tahun...hahaha dan kuali tefal size 40cm...maka bertambah lagi la harta kekayaan QH...heee
Ok la nak tahu bahan apa yang QH guna di dalam resepi ni...ajommm tengok resepi di bawah yea...
BAHAN2
450 gm mee kuning
1 paket besar perencah mee goreng Adabi
3 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3-4 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
2-3 ekor sotong size xl - potong kecil
20 ekor udang - buang kulit dan kepala
1 cawan air pes udang
2 biji telur ayam
1 keping tauhu basah - goreng
1-2 pokok sawi - boleh tambah lagi jika suka sayur banyak
1 biji tomato - belah 8
Bersih sotong dan potong kecil.
Bersihkan pula udang, kopek kulit dan kepalanya. Kulit dan kepala udang udang jangan dibuat (untuk buat air pes udang)
Di dalam minyak yang panas, goreng tauhu basah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar iaitu bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan lada boh dan biarkan sehingga terbit minyak.
Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
Masukkan sotong dan kacau rata. Selepas itu masukkan pula udang dan kacau lagi sehingga rata. Biarkan seketika.
Masukkan perencah mee goreng Adabi. Kacau rata.
Kemudian tuangkan air pes udang. Kacau lagi.
Apabila kuah dah sedikit pekat masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.
Letak garam dan gula secukup rasa.Kacau rata.
Kemudian masukkan telur, biarkan sekejap dan baru la dikacau rata.
Masukkan pula mee kuning dan kacau sehingga rata.
Tambahkan sayur sawi dan tomato. Kacau rata dan jika rasa sudah sempurna, matikan api. Hidangkan terus.
ni la dia hadiah dari pihak adabi yang QH dapat...berbaloikan... |
Post a Comment