Qasey Honey. Powered by Blogger.

PENSONIC FOOD PROCESSOR PB-5001 / PERADUAN BELI, TONTON DAN MENANG



Salam my kesayangan...

Dikesempatan ini QH ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang menyambutnya tak kira di mana jua anda berada...QH juga ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekhilafan tanpa disedari sepanjang QH berblog ni...

Perkara biasa yang terjadi selepas raya apabila telah berhari2 dijamukan dengan ketupat, rendang, sambal kacang dan sayur lodeh bagai...mula la terasa rindu dengan masakan harian kan...

QH pon mengalami simptom yang sama...rasanya nak tengok ayam dan daging pon tekak dah rasa kembang semacam jer...heeeee...tetiber rindu pulak dengan jejemput...ngeeee


Kali ni senang sangat kerja2 QH nak menyediakan cucur...tak kisah la ape jenis cucur sekali pon...dengan adanya Food Processor PB-5001 dari Pensonic Malaysia ni...kerja2 menjadi mudah dan cepat jer dah siap semua...Food Proseccor ni terdapat pelbagai fungsi tau...sekarang ni QH tunjukkan cara menggunakan Food Processor untuk membuat cucur dahulu...tak perlu dah mata pedih nak potong bawang, tak perlu lagi mengambil masa untuk menghiris lobak merah...dengan menggunakan produk ni bancuhan tepung pon sekata dan tiada ketul2...tengok pada gambar2 yang QH kongsikan ni...dengan hanya memutarkan tombol pada pengisar...semuanya menjadi mudah...lagi satu mangkuknya besar iaitu 1.2L...jadi boleh sediakan dalam kuantiti yang banyak dan hasil cucur yang QH buat ni...rangup di luar dan lembut di dalam...mendapat kepujian tau dari Mak QH...heeee


Food Processor PB-5001 ni berkuasa 500W...voltan 220-240V - 50/60Hz
Dalam kotak ni tersedia:
- Jag 1.8L
- Mangkuk pemproses makanan 1.2L
- 2 kelajuan dan kelajuan denyutan
- Motor dilengkapi perlindungan dari panas melampau
- 2 suis keselamatan
- Pelbagai fungsi iaitu mengadun, mencincang, menghiris, parut, mengemulsi dan memerah jus
- Aksesori yang ada seperti bilah penghiris, bilah memotong, pencincang, bilah mengadun, cakera pengemulsi, pemerah sitrus dan pengisar

Bagaimana pula untuk dapatkannya secara percuma?
Yang ni senang sahaja ikuti langkah2 di bawah
kena cepat2 tau...sebab dah tak banyak masa lagi ni...cepat2 sebelum berakhir pada 30 JUN 2018 ni!!!! Jangan buang masa lagi...sertai peraduan Beli, Tonton dan Menang ni segera!!! Semoga berjaya!!!


Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum ini amat popular kerana ia seperti pesta bagi pengguna-pengguna produk Pensonic. Terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas memasak bersama Chef Selebriti Dato Chef Haji (DCH) Ismail yang menyeronokkan, peraduan ‘Raya Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’. Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’ Berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta walaupun ia disiarkan hanya di TV3.
Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:

1.       Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
2.      'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
3.      'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am).
4.      Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
5.      PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB. 


Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.


Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
1.       Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
2.      TV LED 43" Pensonic
3.      Pendingin Udara Pensonic4.       
4.      Ketuhar 45L Pensonic  
5.      Pengisar Nutri De Blender Pensonic  
6.      Penyaman Udara

Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.

Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini, artis-artis tempatan bersama-sama dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang. Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Terma & Syarat Peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ 2018

1. Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja. Jika lebih daripada satu penyertaan dikemukakan menggunakan resit yang sama, hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan.
2. Maklumat dalam Kad Waranti hendaklah dilengkapkan dengan sepenuhnya.
3. Peserta yang menyertai peraduan ini dan telah memenuhi syarat-syarat peraduan, layak ke pusingan akhir dan berpeluang memenangi hadiah utama Nissan X-Trail.
4. 10 pemenang akan dipilih bagi setiap episod peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.
5. Pemenang untuk hadiah utama iaitu Nissan X-Trail akan diumumkan melalui Live FB Streaming di Facebook.
6. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
7. Peraduan ini tidak terbuka untuk kakitangan atau keluarga kakitangan Pensonic Holdings (Pensonic).
8. Peraduan ini akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pensonic.
9. Semua penyertaan mesti dihantar dalam tempoh peraduan yang ditetapkan.      
10. Peserta mesti mematuhi semua syarat-syarat penyertaan seperti yang dinyatakan.
11. Pemenang perlu menghubungi Pensonic dalam tempoh 3 hari selepas pengumuman pemenang dibuat di Facebook.
12. Kami akan berusaha untuk menghubungi pemenang, tetapi jika pemenang tidak dapat dihubungi, atau jika penyertaan yang diterima tidak memenuhi syarat peraduan, maka hadiah akan terbatal dan tidak boleh dituntut.
13. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan Pensonic berhak menukar hadiah yang diumumkan dengan hadiah lain tanpa notis terlebih dahulu.  
14. Pemenang hendaklah menuntut hadiah dari pejabat Pensonic kerana gambar pemenang akan ditangkap bagi tujuan rekod, melainkan diberitahu sebaliknya.
15. Hadiah boleh diambil dari ibu pejabat Pensonic di Bukit Minyak atau dari Pejabat Pensonic Petaling Jaya sahaja. Bayaran kurier akan dikenakan sekiranya pemenang ingin mendapatkan hadiah selain dari dua pejabat yang dinyatakan.
16. Pensonic berhak mencetak, mengedar dan menggunakan gambar-gambar dan bahan-bahan yang dihantar dalam penyertaan sebagai kandungan berhubung (online), ‘on-ground’ atau bahan cetakan yang lain.
17. Pemenang-pemenang bersetuju untuk Pensonic menggunakan nama-nama dan gambar-gambar mereka dan akan bekerjasama dengan sebarang permintaan yang munasabah oleh Pensonic bagi tujuan pengiklanan atau media.
18. Pasukan Facebook Pensonic berhak dengan budi bicara mutlaknya dan tanpa notis terlebih dahulu untuk mengecualikan peserta dari penyertaan selanjutnya dalam peraduan.
19. Sebarang keputusan adalah muktamad. Peserta bersetuju untuk mengikut keputusan Pensonic berkenaan dengan sebarang aspek peraduan.
20. Pasukan Facebook Pensonic berhak memantau, dan mengendalikan semua aktiviti peminat Facebook, semasa dan selepas tempoh peraduan.
21. Pensonic berhak menukar hadiah-hadiah, menukar Terma & Syarat Peraduan atau menghentikan peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu dan peserta akan terikat oleh perubahan ini. Peserta bersetuju menyerahkan hak-hak mereka mengenai peraduan ini dan tidak boleh mengambil tindakan terhadap Pensonic.
22. Peserta menyertai peraduan atas risiko sendiri. Dengan membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat ini, Perserta bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur, sekutu dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil-wakilnya dari apa-apa kemalangan, kecederaan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku akibat penyertaan dan aktiviti peraduan, melainkan kerosakan, kos atau kemalangan disebabkan oleh kecuaian atau salah laku oleh mereka yang disebutkan di atas.
23. Dengan menyertai peraduan ini, anda bersetuju dengan terma & syarat di atas.  


No comments