Qasey Honey. Powered by Blogger.

NASI LEMAK BUNGA TELANG & SAMBAL SOTONG SEDAP



Salam my kesayangan...

Masih dalam mood cuti lagi...heeee...masih santai2 di rumah...sesambil mencari ilham nak mendeco rumah ni...cewahhhh...update la blog sebagai salingan gitu...kikiki...biasa orang sebelum beraya mengemas rumahkan...ni QH terbalik...dah balik dari beraya baru ada mood dan idea nak mengemas...heee...takde la QH sampai tinggalkan rumah masa cuti hari raya haritu bersepah macam tu sahaja...berkemas juga cuma tahap finalnya selepas balik bercuti...sebab dah alang2 nak menyapu bagaikan...elok la kemas betul2 dan ubah ape yang patut...design gitu jerk jemu jugakkan...masalahnya pulak QH balik dari beraya tak sihat pulak...tetiba jer selsama teruk dah sampai ke KL...mak QH cakap mungkin sebab penat sangat kot...sebabnya lagi katanya tak berhenti berjalan...heee...dah mak inikan raya...



Seperti biasa bila musim raya Aidilfitri ni sudah tentunya "Open House" "Rumah Terbuka" menjadi agenda sesetengah tuan rumah pula...yang mana berhajat dan ade rezeki lebih untuk menjamu kawan2 dan saudara mara...QH open opis jer nanti dengan kawan2...heeee...jadi jangan tanye bila nak buat kat rumah yea...hahaha

Di sini QH ingin berkongsi sedikit idea dan boleh dijadikan pilihan hidangan rumah terbuka nanti...ada yang ingin menempah sahaja makanan2 tu semua...tetapi tak kurang juga yang ingin menyediakan sendiri hidangan rumah terbuka tu nanti...mungkin resepi yang QH kongsikan pada kali ni dapat membantu sebagai salah satu pilihan hidangan nanti...apa salahnya berikan sedikit kelainankan...

Kali ni QH menggunakan bunga telang sebagai penambah perasa dan warna pada nasi lemak...untuk beras pula terpulang nak guna beras biasa atau basmathi...baru2 ni QH ada masak di rumah mak QH menggunakan beras biasa pon rasanya tetap sedap...yang ni tengok pada bajet masing2 la yea...QH ada buat video cara nak masak nasi lemak ni tetapi tak sempat lagi nak edit...bila dah siap nanti QH akan upload di YouTube yer...lama sangat dah QH tak update di situ...

Di bawah ni terdapat resepi dan langkah2 yang QH gunakan untuk penyediaan nasi lemak bunga telang...resepi sambal sotong pon ada tau...sangat sedap guna resepi ni...selamat mencuba



NASI LEMAK BUNGA TELANG

BAHAN2
15-20 kuntum bunga telang - rendam dengan air panas (lebih kurang 1 cawan air)
2 cawan beras Basmathi - rendam 20-30 minit
1/2 cawan santan - nak rasa lagi lemak tambahkan 1/3 cawan lagi
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris kasar
2 batang serai - titik
2 helai daun pandan
air secukupnya - tambah air bunga telang tadi
1 sudu besar minyak masak

BAHAN PELENGKAP
ikan bilis - goreng garing
timun - hiris
telur dadar/telur rebus/telur mata
kacang goreng - jika suka



CARANYA
Rendamkan terlebih dahulu bunga telang dengan air panas. Nakkan kaler yang lebih terang tambahkan lagi bunga telang tersebut. Tetapi jangan terlalu banyak nanti rasanya jadi lain dan warnanya akan pekat dan tak cantik.



jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

Jika menggunakan beras basmathi, rendamkan terlebih dahulu selama 20-30 minit. Beras biasa basuh seperti biasa dan tak perlu direndam. Toskan airnya.



jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih

Dalam periuk masukkan beras yang telah dibersikan.
Masukkan halia, bawang besar, daun pandan, serai dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan air bunga telang tadi. Tapiskan dan ambilnya sahaja.
Tambahkan santan dan sukat airnya seperti biasa.
Jika suka boleh tambahkan minyak masak. Tak letak pon takpe.
Kacau sehingga rata dan masak dengan menggunakan rice cooker seperti biasa sehingga masak.
Apabila dah masak kemburkan dengan menggunakan garpu. Siap dan boleh dihidangkan terus.



SAMBAL SOTONG
sumber FB@Mariana Zainal

BAHAN2
1 kg sotong
2 sudu besar membukit gula pasir
1 sudu teh garam
1 pcs asam keeping (nak buh air asam jawa bleh ja)
Sedikit halia (hiris)
1 biji bawang besar (potong bulat)
1/2 cawan air (utk kuah)
3 senduk minyak utk menumis sambal

Bahan kisar
20-25 tangkai cili kering
1 1/2 biji cili besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu teh belacan (sikit jer tau)
(kisar semua bahan ini)


CARANYA
Goreng sekejap sotong utk keringkan air sotong..
Pastu toskan..
Panaskan 3 senduk minyak masak..masukkan sedikit hirisan halia (tujuannya utk bagi cili yg kita tumis nanti cepat garing naik minyak elok) jgn buang pulak yer..terus masukkan bahan kisar..
Masukkan bahan kisar,gula,garam,bahan perasa,asam keping
Tumis hingga betul2 masak dan naik minyak..sampai jadi mcm dlm gambar (kalo xmo merecik merata jgn lupa tutup dengan tudung periuk dan guna api sederhana)
ingatan sekali lagi biar betul2 naik minyak cam dlm gambar..
Dah elok naik minyak..masukkan sotong dan bawang besar..gaul rata..bleh buh air 1/2 cawan utk kuah..
Dah mendidih ganas..bolehlah tutup api



No comments