Qasey Honey. Powered by Blogger.

TAUHU DAN KENTANG GORENG BERLADA



Salam my kesayangan...

Cadangan hidangan untuk bersahur dan berbuka seterusnya...
Rasanya kalau berbuka kita tiada masalah kan...pasti berselera je nak makan apa sahaja...terkadang agak berlebihan pon ada jugakkan...tetapi apabila hendak bersahur ramai yang ada kurang selera nak makan...ada yang nak makan roti la...makan oat la...tak jadi pelik yang ada bangun bersahur setakat minum air jer dah...QH sendiri apabila bangun bersahur suka makan yang simple2...nasi memang QH tak ambil...cukup sekadar roti 2 keping, kurma 3 biji, air manis dan air masak...haaa kalau berbuka tu jangan tanya...penuh meja...semuanya nampak sedap dan semuanya nak rasa...heeee...sila jangan ikut tau...

Ok la lauk kali ni sangat simple dan sesuai la buat para isteri yang bekerja...masakan yang senang, mudah dan siap dengan cepat... 


TAUHU DAN KENTANG GORENG BERLADA

BAHAN2
3 keping tauhu basah - potong 6
3 biji kentang - buang kulit dan belah 6
segenggam ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR KASAR
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil 
3 ulas bawang putih 
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau


CARANYA
Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian pula goreng kentang sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Akhir sekali gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, kurangkan minyak bekas menggoreng tadi. 
Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
Masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
Masukkan pula tauhu yang telah digoreng terlebih dahulu dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila rasa telah sempurna, matikan api. Siap untuk dihidang.


No comments