NASI GORENG SOTONG
Salam
my kesayangan…
Haaa
ni la hasilnya apabila keinginan nak makan tu ada tetapi kemalasan melanda…adoiii…sesekali
layan nasi goreng macam ni yang merangkap breakfast, lunch dan dinner…heee
sedap juga tau…lagi2 resepi campak2 dan buat pedas2 sikit…perghhh bergetar diet…hehehe
Biase
la tu bila tiba masa malas nak masak yang simple2 jer…bila tiba angin rajin 1
hari boleh sediakan macam2 menu…
Ehhh
nasi goreng ni menu sihat jugak tau…macam2 ada kat dalam tu…cukup semua
keperluan protein dan zat…cara nak bagi QH makan sayur buat la nasi goreng
macam ni…heee…sayur tu bagi rangup2 sikit…maka akan menyesal la dia nanti lepas
menghabiskan nasi goreng tu…hehehe…
Nasi
goreng ni resepi belasahan QH sendiri jerk…Alhamdulillah dengan jayanya dapat
dihabiskan…rasa macam tersedap la pula bila letak sotong banyak2 dalam tu…QH
memang hantu sotong pon…tapi taubat gak beli sotong kecik2 semasa ke Chow Kit
hari tu…sedap tu memang sedap…lagi2 bila dibuat sambal tumis…yang azabnya nak
menyiang sotong kecik2 ni satu persatu…adoiii jenuh nak habiskan sekilo…beli
kemain tamak lagi…heee
Ok
la resepi belasahan ni seperti di bawah yer…SELAMAT MENCUBA…
NASI GORENG SOTONG
Bahan2
3
cawan nasi putih
2
biji telur - goreng hancur
Ikan
bilis - digoreng
Kacang
botol - hiris kecil
Garam
dan gula secukupnya
Minyak
masak untuk mengoreng
Bahan kisar
4
biji bawang merah
3
ulas bawang putih
20
biji cili padi merah dan hijau
Sedikit
belacan jika suka - bakar
Caranya
Ramas2
nasi putih dan ketepikan.
Goreng
telur dan hancur2kan. Ketepikan.
Goreng
ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
Kisar
bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan dengan menggunakan food
prosessor.
Tumiskan
bahan kisar tadi sehingga naik bau.
Kemudian
masukkan sotong dan tumis sehingga air sotong kering. Tambahkan garam dan gula
secukup rasa.
Masukkan
kacang botol dan gaul rata.
Masukkan
pula nasi putih yang telah diramas tadi. Gaul sehingga rata.
Masukkan
telur dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Akhir
sekali perasakan rasanya. Jika sudah sempurna matikan api dan terus
dihidangkan.
Sedap
dimakan panas2.
Post a Comment