IKAN CENCARU BAKAR TOMATO
Salam
my kesayangan…
QH
ni kan terkadang macam acah2 nak berdiet bagai tau…masak nak jenis bakar2 la…nak
elak makan jenis berminyak la…kurangkan makan nasi la…tapi tudiaaa…sekali dah
makan habis hancus musnah impian…lupa dah segala yang dia nak jaga tu…sesedapnya
menghadap nasi…dah kekenyangan dah tersandar kat kerusi malas baru la akan
timbul penyesalan dan keinsafan…hahaha
Kalau
nak tahu, QH ni memang seorang yang pemakan dan suka makan…tapi impiannya nak
kurus…haaa macam mana tuhhh…heeee…terkadang sanggup datang jauh2 semata2 nak
makan…QH pon seorang yang agak cerewet dan memilih juga bab2 makan ni…apa yang
QH kongsikan dalam blog ni…itulah dia yang QH suka…senang je kan nak tahu…heee
Ok
la untuk resepi hari ni…sudah tentu menjadi pilihan QH resepi belasahan yang
simple tetapi sedap mengena…pasti akan bertambah2 makan…kali ni QH memilih untuk
membakar pula…antara peberet QH adalah masakan jenis ni…kalau di opis waktu
lunch tu terkadang terlepas juga ke Jalan Bellamy semata nak makan ikan bakar
yang baunya melekat di tangan tu…hehehe…
Resepi
ni bahan yang digunakan tak banyak dan tidak berapa pedas…sedap dibuat ratah
tau lauk ni…saiz ikan yang QH gunakan tidak terlalu besar…nak isi ikan yang
manis pilihlah yang sedang2 elok je saiznya…ditambah pula dengan aroma daun
pisang tu…hmmmm sedap tak terkata…heeee…ajommm la cuba resepi belasahan dari QH
ni…jika ada yang terkurang atau terlebih minta maaf yea…sebarang pertanyaan dan
komen boleh komen di bawah atau terus emel QH…
IKAN CENCARA BAKAR TOMATO
Bahah2
2
ekor ikan cencaru
5-6
biji tomato
10
batang cili merah - kisar
1
biji bawang besar - kisar
3
ulas bawang putih - kisar
1/2
inci halia
1
batang serai
garam
dan gula secukupnya
Daun
pisang
Aluminium
foil
Caranya
Ikan
dibersihkan dan belah dua, bahagian kiri dan kanan.
Lumurkan
ikan dengan sedikit garam.
Kisar
halus bersama halia, serai, cili merah, tomato, bawang besar dan bawang putih.
Tak perlu letak air kerana tomato akan berair apabila dikisar.
Sediakan
aluminium foil dan alaskan daun pisang ke atasnya.
Ambil
ikan dan isikan bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam ikan padat2.
Kemudian
balutkan ikan tadi dengan kemas.
Buat
satu persatu sehingga siap.
Ambil
magic pan dan bakar ikan ke atas api sehingga masak. Untuk masakan yang rata,
balik2kan magic pan tadi.
Boleh
juga di bakar dengan menggunakan oven. Sesuaikan suhunya dan bakar sehingga
garing.
Post a Comment